tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Friday, November 30, 2012

Advanced Joint Health Tablet - Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Majalah Harmoni keluaran 15 Julai 2012


Lihat testimoni hebat ini. Bukan sahaja sesuai untuk orang tua, tetapi siapa sahaja yang mengalami masalah sendi patut mencubanya.


Dapatkan segera daripada saya atau beli terus melalui butang comel di bawah.




Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Wednesday, November 28, 2012

Body Perfector Set - Cinch Shake Mix


Adakah kita..
©       Mengambil makanan yang sihat setiap hari?
©       Makan secara konsisten?
©       Gemar mengambil makanan ringan?
©       Rasa sukar mengambil makanan berkhasiat dek sentiasa sibuk?

Makanya, Set Shaklee Body Perfector adalah jawapannya!! Ia merupakan cara mudah mengekalkan berat badan ideal di samping rasanya yang lazat.

Kebaikan Cinch Shake Mix:

o   Makanan segera untuk mereka yang aktif
o   Tinggi kandungan serat, memberi rasa puas dan kenyang
o   Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan

Cinch Shake Mix boleh diambil sebagai hidangan lewat malam kita. Terdapat dalam 3 perasa menarik, Café Latte, Chocolate dan Vanilla. Rasanya yang lazat pasti mengujakan..



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Friday, November 23, 2012

Kelebihan dan Kesan Kekurangan Vitamin E


Vitamin E atau dikenali sebagai ‘Vitamin Cantik’ adalah antioksidan yang penting untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh badan kita. Pengambilan vitamin E perlu beserta selenium bagi mendapatkan kesan yang optimum. Kesan vitamin E dengan selenium adalah bersifat sinergistik iaitu, jika diserap bersama, keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan oleh satu sama lain.

Shaklee menawarkan Vita-E Complex yang mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium yang mana dapat membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Fungsi Vitamin E:

©       Memelihara kesihatan hati
©       Memastikan badan kita cukup vitamin A
©       Menjaga kestabilan libido (seksual)
©       Menghilang/mengurangkan kesan parut
©       Menjaga kesihatan kelenjar tiriod
©       Mengelakkan hernia
©       Menjaga kestabilan asid urik dalam badan
©       Mengelakkan sakit sendi
©       Mengurangkan keradangan
©       Mengurangkan kedut dan mencantikkan kulit
©       Mengelakkan kekejangan otot
©       Imuniti


Kekurangan vitamin E  boleh menyebabkan kita kelihatan tua daripada usia, anemia dan mudah mendapat keradangan. Ibu hamil juga memerlukan vitamin E yang mencukupi bagi mengelakkan risiko anak cacat. Diet yang tidak betul, ditambah dengan persekitaran kita yang tercemar mengakibatkan kita tidak mendapat khasiat vitamin E yang mencukupi.

Jadi, dapatkan supplemen vitamin E hari ini. Hanya 1 kapsul Vita-E Complex Shaklee dapat memberikan keperluan vitamin E yang diperlukan oleh tubuh badan kita sepanjang hari.

Jom order Vita E Complex sekarang!



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Thursday, November 22, 2012

Sihat dan Cantik dengan Vivix

Minuman campuran botani Vivix merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan.

Kenapa Vivix sangat hebat?

Vivix mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.


Apakah itu Resveratrol?

  • Antioksidan yang kuat
  • Anti-inflamasi
  • Anti-kanser

Di antara kebaikan dan khasiat Vivix:

  • memelihara keseluruhan kesihatan
  • membantu anda berasa lebih bertenaga
  • menguatkan sistem imun
  • melambatkan proses penuaan
  • membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi - bagus untuk jantung dan sakit-sakit sendi
  • baik untuk pesakit dalam rawatan pemulihan kanser



Vivix - semulajadi - telah diuji secara klinikal eksklusif untuk Shaklee.

Dapatkannya segera untuk diri sendiri dan sangat sesuai dihadiahkan kepada insan tersayang (ibu, ayah, pasangan).

Dapatkan segera!! Klik butang comel di bawah untuk terus membuat pembelian melalui kad kredit@debit.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Monday, November 19, 2012

Set Kesuburan Shaklee bagi Persediaan Mendapatkan Cahaya Mata


Terdapat kajian yang menyatakan bahawa tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan multivitamin dan multimineral. Set kesuburan Shaklee merangkumi nutrien asas yang diperlukan oleh pasangan suami isteri yang sedang merancang untuk memiliki zuriat sendiri.

Set kesuburan untuk wanita terdiri daripada Vita-lea, B Complex, Vita-C, Alfalfa dan GLA Complex manakala untuk lelaki terdiri daripada Vita-lea, B Complex, Vita-C dan Zinc Complex.

Set Kesuburan Shaklee


Bagaimana ianya membantu?

Vita-lea – membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Pengambilan multivitamin ini dapat menampung kekurangan nutrien yang diperlukan oleh badan kita akibat diet yang tidak lengkap.

B Complex – lengkap dengan asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami kecacatan saraf. Ia juga membantu memberi tenaga dan ketenangan.

Vita-C – untuk pembinaan dan pemulihan sel. Vitamin C membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen dan progesterone

Alfalfa – membantu dalam hal-hal organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah keputihan dan sebagainya.

GLA Complexmembantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ bagi memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari.

Zinc – untuk kesuburan dan kesihatan telur dan sperma 

Supplemen ini hanyalah sebagai persediaan fizikal dalam usaha mendapatkan zuriat. Kesihatan suami isteri turut berperanan penting dalam proses mendapatkan zuriat. Rezeki sesungguhnya hanya dari Allah. Sentiasa terus berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan anak kepada kita.

(diubahsuai dari sumber)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com 
FB: Asmahizan Sahizah 
Tel.No: 019-6027343

Friday, November 16, 2012

Vitamin Semasa Berpantang


Selepas melahirkan anak pertama, saya mengamalkan jamu kampung yang ibu saya beli daripada temannya. Walaupun anak sulung saya tiada jaundice(kuning), saya tidak berjaya habiskan pun pengambilan jamu tersebut.

Sebelum tiba masa untuk melahirkan anak kedua, saya mencari alternatif lain – yang lebih mudah dan tidak merimaskan saya, lalu saya mencuba jamu dalam kapsul. Dengan set jamu ini, saya tidak perlu berurut, bertangas, param dan lain-lain. Saya sangat lega..tetapi masalah sembelit seperti pada kelahiran pertama masih berlaku..

Dan ketika mengandungkan anak ketiga, saya masih tercari-cari, apakah yang patut dan sesuai saya makan semasa berpantang nanti – yang pasti bukan jamu. Lalu saya diperkenalkan dengan set berpantang/pembedahan Shaklee. Saya mencubanya bermula hari kedua selepas kelahiran anak ketiga saya, dan Alhamdulillah sepanjang 2 minggu pertama, tiada sembelit. Luka jahitan juga amat cepat sembuh, badan saya rasa sangat bertenaga – sangat berbeza dengan keadaan saya semasa berpantang yang lalu.

Set berpantang Shaklee amat sesuai bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak terutama bagi mereka yang melahirkan secara pembedahan. Ianya juga boleh diambil oleh ibu yang menyusukan bayi mereka yang mengalami jaundice. Set berpantang Shaklee terdiri daripada Vita-Lea(multivitamin), B-Complex, Vita C dan Zinc.



Khasiat-khasiat kepada ibu dalam pantang:

Vita-leamultivitamin yang lengkap dengan zat besi (iron) yang diperlukan untuk pembinaan sel darah merah kerana ibu banyak kehilangan darah semasa proses melahirkan.

B-Complex – mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh.

Sustained Released Vita-C - membantu tubuh dalam pembentukan kolagen yang membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat.
Vitamin C Shaklee berkonsepkan pelepasan masa di mana  vitamin C akan dilepaskan secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. 

Zinc – membantu mempercepatkan proses pemulihan luka luar dan dalam. Juga menghalang rambut gugur.


Produk Shaklee insyaAllah 100% selamat, 100% berkesan tanpa kesan sampingan jangka panjang.
Dapatkannya dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971 
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com 
FB: Asmahizan Sahizah 
Tel.No: 019-6027343

Monday, November 12, 2012

Anak Kurang Selera Makan

Anak anda tidak mahu makan? Sibuk bermain sampai menolak untuk sebarang makanan? Sering batuk dan selesema?

Boleh cuba beri Meal Shakes..


Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi kanak-kanak kerana ia merupakan makanan segera yang rendak lemak dan rendah-glisemik

  • Sediakan vitamin dan mineral penting - nutrien asas yang anak-anak sedang membesar dan remaja perlukan untuk terus sihat dan kuat
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Indeks glisemik rendah
Pastikan anda memberikan yang terbaik buat anak-anak anda. Meal Shakes, produk semulajadi, 100% selamat yang tiada kesan jangka panjang bagi kesihatan mereka.




Hubungi saya untuk dapatkannya dengan harga istimewa.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com 
FB: Asmahizan Sahizah 
Tel.No: 019-6027343

Sunday, November 11, 2012

Keperluan Vitamin C di Kalangan Kanak-kanak


Sejak kecil lagi kita telah di dedahkan dengan kepentingan vitamin C kepada kesihatan badan. Malahan apabila semakin meningkat usia, ramai orang berusaha untuk menjaga kecantikan diri dengan mengambil rawatan vitamin C. Apakah khasiat sebenar vitamin C? Apakah peranan vitamin C di dalam kehidupan kita? Mari kita terokai komponen makanan ini yang mampu membantu kesihatan kita tanpa mengenal peringkat usia.

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlurkan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg sehari.

Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah).

Di dalam buku bertajuk “User’s Guide to Vitamin C” turut menyatakan kepentingan vitamin C kepada sistem kardiovaskular manusia. Selain itu, penulis buku tersebut Hyla Cass dan Jim English turut menyatakan bahawa vitamin C turut memberikan manfaat kepada hati. Selain memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal, vitamin C juga membantu dalam merendahkan tahap kolesterol di dalam badan. Oleh kerana sifatnya yang larut dalam air, vitamin C turut dapat menyingkirkan kolesterol yang melekat pada dinding-dinding arteri.

Tahukah anda

Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata. Dengan pencemaran global yang berlaku di dunia ini, maka amat penting sekali pengambilan vitamin C di ambil oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah wajar, demi mengelakkan diri dari risiko penyakit yang berbahaya.

Sumber vitamin C

Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati sayur-sayuran seperti kubis dan tomato.

Sungguhpun begitu, vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan untuk menikmati makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak. Hal ini kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa sempat kita menikmatinya.




Kekurangan vitamin C

Tanpa kita sedari, kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C akan dapat mengundang risiko yang berbahaya kepada kita. Sebagai contoh, pernahkah kita sedari bahawa secara tiba-tiba kita menghadapi keadaan gusi berdarah? Atau pernahkah kita terfikir mengapa kesan luka yang kita alami mengambil masa yang lama untuk pulih?

Perkara-perkara seperti di atas sebenarnya menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mengalami kekurangan vitamin C di dalam badan. Untuk itu, amat penting sekali bagi kita memastikan agar jumlah vitamin C di dalam badan mencukupi demi penjagaan kesihatan kita seharian. Jika di lihat pada pasaraya-pasaraya berdekatan turut menawarkan pelbagai jenis makanan tambahan sama ada dalam bentuk pil mahupun cecair yang mengandungi vitamin C. Sebelum anda membuat kuputusan untuk menggunakan sebarang produk kesihatan, maka anda seharusnya mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu demi memastikan produk yang ingin anda ambil adalah bersesuaian dengan faktor kesihatan anak anda mahupun diri anda sendiri.

Rujukan:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. User’s Guide to Vitamin C by Hyla Cass, and Jim English (2006) 
3. FAO/WHO (2002). Vitamin C. In: Human Vitamin and Mineral Requirements. Report of a Joint FAO/WHO Expert Consultation. FAO, Rome; pp 73-86.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com 
FB: Asmahizan Sahizah 
Tel.No: 019-6027343

Wednesday, November 7, 2012

Khasiat Alfalfa Shaklee


Mari kenali Alfalfa
  • sejenis tumbuhan/herba yang kaya dengan nutrisi
  • akar tunjangnya yang mengunjur ke dalam mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi
  • kaya dengan serat dan klorofil
  • kaya dengan mineral

Di antara fungsi Alfalfa:
  • baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, anti-tumor dan anti-bakteria
  • sebagai milk booster-kaya dengan protein yang  dapat membantu dalam proses penyusuan
  • menghilangkan kelesuan dan tekanan (kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan)
  • memberi kelegaan semasa haid
  • bagus untuk elergi dan ekzema
  • merawat athma
  • mencuci usus bagi membuang toksik dan melegakan sembelit
  • mengurangkan masalah keputihan dan bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • membantu masalah penghadaman dan pencernaan


Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia. Tidak seperti kebanyakan Alfalfa yang boleh ditemui di supermarket – yang mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau.

Jom order Alfalfa Complex sekarang!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Saturday, November 3, 2012

Set A (KESIHATAN OPTIMUM) - Keperluan Asas Untuk Tubuh Badan Yang Sihat

Set Kesihatan Optimum Shaklee merupakan set vitamin dan mineral asas untuk keperluan seharian anda. Set ini terdiri daripada:
 
·         Vita-Lea (multivitamin dan multimineral)
o   Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa
·         B-Complex
o   Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain
·         Sustained Release Vita C
o   Produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi – yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam
o   Antioksidan yang kuat – menyokong kesihatan jantung, kesihatan imum, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.
Set Kesihatan Optimum ini sesuai diambil oleh pelbagai peringkat usia seperti orang dewasa, lelaki atau perempuan, warga emas dan pelajar. Kanak-kanak tidak boleh mengambil set ini. Set paling asas ini menyediakan harga paling ekonomi bagi sesiapa yang ingin bermula mengambil supplemen tambahan.
InsyaAllah, produk semulajadi ini sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam.
Buat pilihan yang tepat dan hubungi saya untuk mendapatkannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
Tel.No: 019-6027343

Friday, November 2, 2012

Kelebihan Vita-lea (multivitamin)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Vita-Lea Shaklee adalah makanan tambahan seimbang yang diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan harian vita-lea dapat:
  • meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan
  • memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  • menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
  • penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu mengandung tidak perlu mengambil obimin lagi. Vita-Lea kaya dengan iron (zat besi) yang penting bagi ibu yang menghadapi masalah pitam, mudah pening ataupun anemia. Anemia boleh membahayakan anak dan ibu ketika proses bersalin nanti. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa proses kehamilan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
Tel.No: 019-6027343

Thursday, November 1, 2012

Fungsi Lecithin


(sumber)

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di
    seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
Tel.No: 019-6027343

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...