
Kalsium merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan
oleh tubuh badan kita. Ianya bukan sekadar penting dalam pertumbuhan dan
menjaga kekuatan tulang serta gigi, tetapi turut berperanan dalam prestasi
jantung, otot dan sistem saraf.
Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi,
penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan
pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
Oleh yang demikian, seeloknya kita perlu memastikan badan kita mampu menyerap
kalsium dengan baik. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah
diambil bersama vitamin D. Kalsium
dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa
melakukan proses penggantian kalsium. Penting untuk kita sentiasa mendapatkan
sumber kalsium daripada makanan bagi menggantikan kalsium yang hilang daripada
tulang kita.
![]() |
Makanan sumber kalsium |
Perlu dititik beratkan juga bahawa jumlah
pengambilan kalsium perlulah selari dengan jumlah pengambilan magnesium. Jika
tidak, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah
pinggang lalu membentuk batu karang.

Elakkan juga pengambilan garam yang tinggi dan minuman berkafein
kerana ianya akan mempercepatkan pengeluaran kalsium daripada badan kita.
Pesan Ostematrix sekarang!
Pesan Ostematrix sekarang!
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik
No comments:
Post a Comment