tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Tuesday, July 30, 2013

Hebatnya Vita E Complex dengan Ekstrak Biji Anggur

Vita E Complex Shaklee dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Vita E Complex mengandungi 10mg selenium semulajadi bagi membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Kenapa ekstrak biji anggur?

Ada sebabnya kenapa Shaklee memperbaharui formula Vita E Complex dengan ekstrak biji anggur. Jom ketahui mengapa: (sumber diubahsuai)
  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protin, lipid, karbohidrat dan polifenol.
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Dalam erti kata lain minyak biji anggur ini amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan  dan yang bagusnya ekstrak biji anggur terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul dan lain-lain lagi.
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Secara ringkasnya, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Hebat bukan? Vita E ini sangat sesuai diambil oleh:
  • mereka yang inginkan kulit yang cantik
  • mereka yang bermasalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan berparut
  • anemia
  • mempunyai masalah saraf dan otot
  • pesakit darah tinggi
  • masalah rambut gugur
  • atlet - mengelakkan kejang otot
  • ingin hamil
  • diabetes
  • lelaki dan wanita
  • warga tua
Harus dipastikan supaya vita E tidak diambil bersama-sama alfalfa kerana pengambilan bersama boleh menggangu penyerapan vita E oleh tubuh kita.

Jom beli Vita E Complex sekarang!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Thursday, July 25, 2013

Nutriferon: Pilihan Yang Lebih baik Untuk MENINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN

Usai solat Subuh pagi semalam, anak dara saya, Husna, panggil dari atas katil dan memberitahu bahawa dia muntah. Basah tilam dengan muntahnya.. Saya mandikan dan hantar ke taska seperti biasa.

Lewat petang ambil di taska dia nampak sihat, tetapi kurang aktif dan malas (biasanya sangat rajin berceloteh dan tolong ummi hidangkan menu berbuka). Dia hanya berbaring sementara ummi, abi dan abg long berbuka. Jam 8 malam, dia muntah sekali lagi. Saya anggap dia muntah sebab banyak kahak di tekaknya sahaja (tapi terlupa pula nak beri OmegaGuard yang sangat bagus untuk keluarkan kahak)..saya bancuh nutriferon dan bagi dia minum separuh. Sementara menunggu ummi dan abg long selesai solat Isya', Husna tertidur sehingga jam 11 malam. Bila terjaga saya rasa dahi dan badannya agak panas. Memandangkan tiada stok paracetamol cecair di rumah, saya masukkan ubat ikut duburnya. Belum sempat meresap dia dah buang air besar..terkeluar semula begitu sahaja ubat tersebut.

Tawakaltu alallah..saya risau badannya makin panas, minta dia habiskan baki nutriferon yang dibancuh tadi, kemudian sambung tidur sehingga ke pagi. Jam 6 pagi tadi, saya rasa dahi dan badannya, alhamdulillah tidak panas lagi. Alhamdulillah, saya dapat elakkan memberi ubat kepada anak saya.

Apakah itu Shaklee Nutriferon?

Jika anak-anak kerap dijangkiti selesema, batuk dan demam, mereka mungkin memerlukan nutriferon. Nutriferon dihasilkan bertujuan untuk 'boost' sistem perlindungan imuniti tubuh, iaitu interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut membiak dalam tubuh kita.



Interferon dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita bagi melawan serangan virus, dan nutriferon membantu tubuh kita untuk menghasilkan lebih banyak interferon sekaligus mengelakkan serangan virus lain dan virus-virus yang bereplikasi dalam sistem tubuh kita.

Nutriferon Shaklee bukan ubat dan tidak mendatangkan kesan sampingan seperti kita makan ubat umpamanya antibiotik yang ‘mematikan’ kebanyakan bakteria termasuk yang kita perlukan. Tetapi nutriferon Shaklee merupakan campuran botani terpilih bagi meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah.

Jom kita pastikan sentiasa ada stok nutriferon di rumah.

Elakkan ubat, gunakah sumber semulajadi yang tiada kesan sampingan.

Jom beli Nutriferon sekarang!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Wednesday, July 10, 2013

Masalah Keputihan Pada Wanita dan Cara Mengatasinya

Keputihan merupakan sesuatu yang tidak disenangi oleh para wanita. Selain menimbulkan ketidakselesaan, keputihan yang berlebihan menyebabkan perasaan rendah diri terutamanya bagi wanita yang telah berkahwin. Walaupun begitu, ramai menganggap keputihan adaah sesuatu yang normal kepada wanita.


Terdapat 2 jenis keputihan iaitu keputihan normal dan tidak normal yakni berbahaya. Jom kenalpasti ciri-ciri bagi 2 jenis keputihan tersebut:

Keputihan normal:
  • -         Tiada warna (transparent)
  • -         Tidak berbau
  • -         Tidak menyebabkan gatal
  • -         Jumlahnya sedikit

Keputihan tidak normal:
  • -         Lendir yang pekat
  • -         Berwarna kuning hingga kehijauan
  • -         Berbau busuk
  • -         Gatal pada vagina


Keputihan tidak normal biasanya berlaku akibat ketidakseimbangan bakteria dalam vagina yang mempengaruhi warna, bau dan juga kelikatan keputihan. Beberapa keadaan yang menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam vagina ini berlaku ialah:
  • -      Penggunaan antibiotik juga streoid yang terlalu lama
  • -     Jangkitan bakteria yang sering berlaku pada wanita hamil atau kepada wanita yang sering bertukar pasangan
  • -          Kanser serviks
  • -          Diabetes tahap tinggi
  • -          Penggunaan pencuci vagina dengan pH yang tidak sesuai
  • -          Penipisan dan kekeringan dinding vagina kerana menapause, ubat-ubatan dan lain-lain
  • -          Jangkitan kulat

Cara mengatasi masalah keputihan secara semulajadi 
  1. 1.       Ambil makanan seimbang, yang rendah gula.
  2. 2.       Menjaga kesihatan secara umum – tidur yang cukup, bersenam, elakkan tekanan emosi.
  3. 3.       Menjaga kebersihan secara teratur – kebersihan vagina, memakai pakaian dalam yang bersih dan dari jenis cotton, menghindari penggunaanpembersih vagina, kertas tandas berwarna dan kain lap milik awam, dan kerap mengganti tuala pakai buang.


Bagi yang ingin mencuba produk semulajadi dari Shaklee untuk mengatasi masalah keputihan, saya cadangkan pengambilan Alfalfa Complex.

Jom beli Alfalfa Complex sekarang untuk mencubanya!


Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...