tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Wednesday, May 29, 2013

Kenapa Badan Gemuk?

Ramai yang mahu kelihatan kurus. Bentuk badan yang kurus sering dikaitkan dengan cantik dan menawan. Ramai juga yang sedia kurus tetapi buncit pula perutnya. Nak kurus perlu tahu konsep bagaimana boleh kurus dan mengekalkan berat badan.

Kenapa badan gemuk?

Kenapa saya gemuk??

Kurang bersenam merupakan salah satu faktor kegemukan kerana kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Kita tidak perlu memakai pakaian sukan, pergi ke taman untuk berjoging dan sebagainya yang pada kita yang kesuntukan masa ini, agak meremehkan. Cukuplah dengan naik turun tangga dan tidak 'skip' membuat kerja rumah sehari-hari. Apa sahaja selagi ianya boleh membakar lemak dan kalori. Yang penting senaman yang teratur dan kerap. Hadkan juga masa 'screen time' kita iaitu waktu menonton televisyen dan mengadap komputer. Kekusyukan menonton televisyen membuatkan kita tidak berganjak dari duduk lama tanpa sebarang aktiviti yang boleh membakar lemak dan kalori.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu mengawal selera makan. Kekurangan sayur dan buah-buahan dalam diet seharian boleh menyebabkan kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan pelengkap kepada diet kita kerana ianya membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh.

Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sarapan pagi amat penting untuk kita bertenaga sepanjang hari. Meninggalkan sarapan pagi menyebabkan kita akan mengambil lebih makanan pada waktu tengahari dan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan berbanding yang sepatutnya.

Mengambil minuman bergas dan bergula secara berlebihan merupakan diantara faktor kegemukan. Banyakkan pengambilan air kosong dan air mineral, 2 - 3 liter sehari kerana tubuh badan kita memerlukan banyak air untuk menjalankan fungsi-fungsi badan.

Oleh itu, amalkan pemakanan dan kehidupan yang sihat. Bila kita sihat, hidup pasti lebih gembira.

sumber diubahsuai: Dr. Ezairi


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: (Call/SMS/WhatsApp) 019-6027343

Wednesday, May 22, 2013

Bertenaga Ketika Berpuasa dengan Performance Drink

Kurang 2 bulan sahaja lagi Ramadhan bakal menjelang. Mesti ramai yang sedang berkejar untuk menggantikan puasa Ramadhan lalu. Alhamdulillah saya dapat berpuasa penuh kerana sedang hamil ketika itu..Jika tidak, kemungkinan sedang join the club lah ketika ini..hehe..

Bagaimana Performance Drink (PD) membantu?

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, PD mempunyai lebih 67% otot glokogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga daripada 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Ibu-ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak kerap mengalami rasa sakit kepala, pening dan keletihan melampau ketika berpuasa. Ini berkemungkinan kerana kekurangan air dalam badan, kurang gula dalam darah, stress, tidak cukup tidur. Pengambilan PD ketika sahur boleh membantu mengatasi beberapa masalah tersebut kerana manfaat utamanya adalah meningkatkan daya ketahanan badan, membekal tenaga, mencegah penyahhidratan dan mengekalkan paras gula dalam darah.



PD boleh diminum pada bila-bila masa dan di mana jua. Perasa orennya enak diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman lain.

Hubungi saya untuk order dan dapatkan konsultasi berterusan selepas belian.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Wednesday, May 8, 2013

Bagaimana Mengawal Selera Makan

Ramai di luar sana, terutamanya wanita yang ingin sentiasa kelihatan langsing dan menawan. Pelbagai produk pelangsingan dicuba, petua-petua diamalkan dan senaman juga dilakukan. Tetapi ada satu lagi perkara yang sering diabaikan iaitu jumlah pengambilan makanan. Bak ayat glamour ini.."Kalau ambil macam-macam produk pelangsingan tapi makannya seperiuk sampai bila pun tak kan kurus.." hihi..

Sememangnya sebagai pelajar, wanita bekerjaya, komitmen kita yang tinggi dengan tugas seharian menyebabkan kita cepat berasa lapar. Meninggalkan sarapan juga menyebabkan kita akan mula makan dengan jumlah yang lebih daripada sepatutnya. Ini sebenarnya menyumbang kepada pertambahan berat badan.



Salah satu kaedah untuk mengawal selera makan adalah dengan mengambil makanan pembuka selera dalam kuantiti yang kecil sebelum makan. Antara cadangan menu pembuka selera yang boleh kita amalkan adalah seperti berikut:

  • dua cawan salad digaulkan dengan 30ml minyak zaitun
  • 56 gram ayam belanda dengan biskut bijirin penuh
  • 56 gram keju dengan biskut bijirin penuh
  • 56 gram tuna dalam 30ml minyak zaitun
  • ½  mentega kacang dengan sayur saderi

Minyak zaitun, minyak‘flaxseed’, keju, dan mentega kacang merupakan makanan yang kaya dengan lemak sihat (‘healthy fats’) yang mana boleh membantu mengawal selera makan kita. Ini kerana kita akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil kalori dalam kuantiti yang rendah. Kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan seperti menu yang dicadangkan di atas boleh mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhannya, memperlahankan perjalanan makanan dalam perut, serta memanjangkan rasa kenyang sehingga empat jam selepas makan.

Boleh cuba juga beberapa tips berikut:
  • minum banyak air kosong
  • kunyah buah-buahan bila lapar
  • jangan mulakan dengan pencuci mulut (gula boleh meningkatkan selera makan)
  • mengambil makanan tambahan (suplemen) yang membantu mengurangkan nafsu makan seperti asid amino, mineral, b-complex dan multivitamin
  • segarkan mulut dengan pudina
  • mengunyah chewing gum yang bebas gula
  • mengambil protin kerana protin dapat mengurangkan keinginan terhadap karbo

Marilah sama-sama secara perlahan-lahan kita mengawal nafsu makan supaya tidak tergolong dalam golongan obesiti. Walaupun saya sedang hamil 12 minggu, saya juga sedang berusaha mengawal pengambilan makanan bagi mengelakkan hadirnya penyakit-penyakit yang membahayakan ibu hamil.

Jom sama-sama kita mengawal nafsu makan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui pengambilan makanan yang berkhasiat.

Nota: Shaklee menawarkan vita-lea(multivitamin), b-complex dan ESP serta Cinch Shake Mix sebagai sumber protin.

sumber diubahsuai.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...