tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Thursday, September 4, 2014

Mata Sihat dengan Carotomax Shaklee


Mata Sihat

Mata adalah organ yang sangat penting pada tubuh kita. Oleh itu, sangat penting untuk kita sentiasa memastikan mata dalam keadaan yang sihat kerana dengannya juga kita dapat melihat keindahan di dunia ini.

Vitamin A untuk mata?

Seperti ramai yang kita sedia maklum, vitamin A sangat bagus untuk mendapatkan mata yang sihat. Vitamin A juga sangat penting untuk melindungi mata daripada kesan kerosakan akibat penuaan. Ia juga menggalakkan sistem pertahanan badan untuk menggunakan sel-sel yang diperlukan bagi melawan jangkitan. Tetapi harus berhati-hati kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kerig/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Paling teruk, boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa.

Bagaimana Carotomax membantu?

Bahan-bahan semulajadi dalam Carotomax sememangnya berfungsi dalam memberikan kesihatan kepada mata. Beta carotene dalam Carotomax akan berubah menjadi vitamin A bila diperlukan oleh tubuh. Ini dapat mengelakkan vitamin A berlebihan dalam tubuh yang boleh menyebabkan keracunan.  Karotena dalam Carotomax diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.




Kandungan dalam Carotomax yang membantu kesihatan mata, kulit dan membran mukosa:

Alpha Carotene dan Beta Carotene
Untuk penglihatan malam, menghalang degenerasi penglihatan, memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka, mengurangkan risiko kanser dan mempertingkatkan sistem imun.


Lycopene
Bersifat anti-oksidan dan menghalang penuaan organ.


Lutein
Menyekat katarak, AMD (penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.


Astaxanthin
Karatenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.


Zeaxanthin
Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.


Mari kita sama-sama pelihara mata, anugerah yang tidak ternilai ini. Klik di bawah untuk belian Carotomax segera.




Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Friday, July 11, 2014

Set Sendi untuk Legakan Sakit Lutut



Vitamin Terbaik untuk sendi dan sakit lutut

Sebelum bercerita lebih panjang, elok kita tahu serba sedikit tentang sakit di bahagian sendi. Sakit sendi biasanya kerap berlaku kepada warga emas yang berusia 50 tahun ke atas. Mempunyai masalah obesiti dan mengalami kecederaan sendi juga menjadi antara penyebab sakit sendi.

Sakit sendi atau juga dikenali sebagai osteoartritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan bertindak sebagai kusyen di antara sendi. Ia berfungsi menyerap kesan hentakan dalam pergerakan. Apabila tulang rawan menjadi nipis, hujung tulang akan bergesel di antara satu sama lain. Geselan inilah yang menyebabkan sendi menjadi sakit dan bengkak.


Masalah akibat Osteoartritis
  • Gangguan fungsi sendi akan mengehadkan pergerakan pesakit dan mengakibatkan masalah kurang upaya.
  • Kesulitan dalam melakukan aktiviti harian seperti berjalan, bersila, menaiki tangga, mencangkung dan sebagainya.
  • Terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menjalani kehidupan harian.
  • Tekanan mental dan kemurungan.

Warga emas kerap mengalami sakit lutut kerana semakin berusia kepadatan otot bekurang dan kusyen sendi juga menipis. Ini juga berlaku kerana selain pengambilan makanan yang kurang nutrisi, terdapat juga makanan yang menyumbang kepada penurunan penyerapan kalsium oleh badan. Tanpa pemakanan yang cukup, rawan akan kurang berfungsi dan akhirnya rosak menjadi osteoartritis.

Sakit sendi lutut


Hati-hati ketika mendapatkan rawatan akibat sakit sendi kerana terdapatnya klinik-klinik yang kurang bertanggungjawab yang akan memerangkap pesakit dengan pemberian steroid. Pengambilan steroid yang berterusan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi lain. Kebergantungan terhadap ubat penahan sakit pula akan merencatkan proses pemulihan dan ini akan menyebabkan sakit lutut yang sedikit pada awalnya akan berterusan dan menjadi kronik.


Set Vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan

Sebelum sakit yang sedikit itu melarat dan menjadi semakin kronik, marilah kita ikhtiar mencegah dan merawat secara semulajadi. Set Sendi ini mengandungi 3 jenis vitamin yang bermanfaat untuk memulih dan mengekalkan kesihatan sendi kita dalam 3 langkah:
  1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT) -  kandungan glukosakamina di dalamnya membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat.
  2. Ostematrix - kalsium dengan magnesium dan vitamin D menguatkan tulang bagi mengelakkan osteoporosis.
  3. OmegaGuard – omega-3 yang membantu mengurangkan gejala sakit sendi dan sebagai pelincir bagi mengurangkan radang sendi.

Bantu ibu ayah kita dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini dengan lebih selesa. Jadikan set sendi ini sebagai hadiah tanda kasih sayang kita kepada mereka. Sesungguhnya nikmat kesihatan itu tidak ternilai dengan harta dunia.

Sihat Ceria
Jom order sekarang dan terus akan dipos kepada ibu ayah di kampung. Hanya klik butang order di bawah dan buat pembayaran melalui kredit atau debit kad. Boleh juga hubungi saya untuk pembelian ya.



Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Wednesday, June 25, 2014

Miliki Wajah Licin Berseri dengan Set Pengantin Jelita



Khas buat para bakal pengantin, dalam beberapa bulan sebelum tibanya detik bahagia itu, mesti sedang gigih mencantikkan dan menyerikan wajah kan? Sekurang-kurangnya bagi yang sedia memiliki kulit yang mulus, mesti nak mengekalkan kemulusan itu kan? Tak mahulah pada hari bahagia nanti kulit kusam, jerawat memenuhi dahi dan hidung, berminyak-minyak dan bertompok-tompok pula tu..tak seronok suami di sisi..hehe

Mari kita berkenalan dengan vitamin-vitamin dalam Set Pengantin Jelita.



  • Vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen
  • Vitamin B Complex penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri
  • ESP  menegang dan menganjalkan kulit serta menjadikan kulit halus dan gebu
  • GLA Complex membuatkan wajah nampak sihat, bersih dan berseri serta bagus untuk menstabilkan hormon kewanitaan
  • Collagen Powder dapat memberi kecerahan, menyubur, menegang, melicinkan dan mengembalikan keanjalan kulit. Juga melembabkan kulit dan menjadikan wajah awet muda.

Fungsi setiap vitamin di atas pasti membantu memberikan kulit wajah impian buat bakal pengantin. Jangan lupa sekali-sekala buatlah senaman wajah, minum air masak 2 hingga 3 liter sehari dan amalkan diet yang seimbang. Badan sihat, kulit cantik menawan.

Jom order untuk kelihatan cantik jelita!

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Thursday, June 19, 2014

Ostematrix : Suplemen Kalsium Terbaik untuk Semua Golongan



Kalsium merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Ianya bukan sekadar penting dalam pertumbuhan dan menjaga kekuatan tulang serta gigi, tetapi turut berperanan dalam prestasi jantung, otot dan sistem saraf. 

Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang. Oleh yang demikian, seeloknya kita perlu memastikan badan kita mampu menyerap kalsium dengan baik. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D. Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Penting untuk kita sentiasa mendapatkan sumber kalsium daripada makanan bagi menggantikan kalsium yang hilang daripada tulang kita.

Makanan sumber kalsium

Perlu dititik beratkan juga bahawa jumlah pengambilan kalsium perlulah selari dengan jumlah pengambilan magnesium. Jika tidak, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang lalu membentuk batu karang.

Sebab itulah Ostematrix adalah yang terbaik kerana ianya bukan sekadar pil kalsium biasa, tetapi pil kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pengambilan empat (4) kaplet Ostematrix sehari mampu memenuhi keperluan kalsium bagi orang dewasa.

Elakkan juga pengambilan garam yang tinggi dan minuman berkafein kerana ianya akan mempercepatkan pengeluaran kalsium daripada badan kita.

Pesan Ostematrix sekarang!



Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Friday, June 6, 2014

Vitamin untuk Kulit Berseri



Kulit cerah, cantik berseri tanpa parut yang boleh mencacatkan penampilan sememangnya menjadi idaman semua orang. Cantik kerap kali diukur pada indah dan berserinya wajah seseorang itu. Memiliki wajah yang cantik dan berpenampilan menarik juga boleh menjadikan seseorang memiliki keyakinan yang tinggi.



Set vitamin untuk kulit berseri disediakan khas untuk mereka yang ingin cantik berseri secara semulajadi, semestinya selamat dan berkesan. Set ini mengandungi 3 vitamin yang sangat bermanfaat dalam misi kecantikan wajah dari dalam, iaitu:


Kombinasi ketiga-tiga vitamin yang bermanfaat ini berupaya membantu:
  • mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • melambatkan proses penuaan
  • menjadikan kulit lebih kenyal
  • menjadikan tona kulit sekata
  • mencerahkan kulit
  • melindungi kulit dari sinaran UV
  • mengurangkan parut jerawat
  • menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • menjadikan wajah lebih berseri
Pengambilan set vitamin ini sangat membantu menjadikan wajah lebih berseri dari dalam. Ianya juga selamat tanpa kesan sampingan jangka panjang kerana bahan-bahannya bersumberkan bahan semulajadi.

Jom cantik secara sihat. Dapatkan Set Kulit Berseri ini sekarang!


Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Friday, May 23, 2014

Apa itu Vitamin?


Blog ni asyik sebut tentang vitamin..vitamin itu..vitamin ini..eh..vitamin tu apa? Dari kecik sampai ke besar sentiasa dengar orang menyebut vitamin. Masa kita di sekolah dulu-dulu pun, mesti banyak cikgu-cikgu bercakap tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan kita kan?


Apa itu Vitamin

Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Sehingga kini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik yang setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Ada vitamin yang dihasilkan oleh badan kita dan ada yang perlu kita dapatkan daripada makanan. Kebanyakan orang boleh mendapatkan cukup vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan sekiranya mereka mengamalkan diet yang sihat.



Vitamin diperlukan oleh badan bagi  mengekalkan kesihatan. Ia turut berperanan dalam pertumbuhan normal dan pencegahan penyakit. Kita perlu makan pelbagai hidangan makanan bagi mendapatkan kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mengekalkan kesihatan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan kelesuan dan mudah mengundang penyakit. Walaupun sepatutnya sumber vitamin boleh diperolehi melalui makanan, proses pengendalian makanan yang tidak betul menyebabkan vitamin sedia ada berkurangan atau lebih teruk lagi musnah terus.


Larut air dan larut lemak

Vitamin terbahagi kepada 2 kategori iaitu vitamin larut air (water soluble) dan vitamin larut lemak (fat soluble). Vitamin larut air adalah seperti Vitamin B dan C yang mana vitamin-vitamin ini dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Vitamin-vitamin yang larut lemak pula seperti Vitamin A, D, E dan K. Oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang.


Kenapa perlukan vitamin melalui pengambilan suplemen?


Faktor alam sekitar dan pengendalian bahan mentah dewasa ini menyebabkan pengambilan suplemen diperlukan bagi memenuhi keperluan vitamin oleh badan kita yang tidak boleh kita dapatkan melalui makanan. Pendedahan secara langsung dalam pencemaran alam sekitar serta gaya hidup kita yang kurang sihat juga menyebabkan badan tidak mendapat cukup vitamin dan mineral yang diperlukan. Pakar pemakanan menggalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal. 


Sumber rujukan:



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Monday, May 19, 2014

Zinc Complex Shaklee



Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan dan turut memainkan peranan dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Manfaat dan kebaikan pengambilan Zink (sumber)


  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: Mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan.


* Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



Banyakkan manfaat dan kebaikan menambahkan zink dalam diet harian kita? Dapatkan sebotol yang mengandungi 120 biji dengan hanya RM33.75. Tahan sehingga 4 bulan..sangat berbaloi kan?

Jom order Zinc Complex sekarang!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Thursday, May 15, 2014

Nyahkan Lebihan Inci dengan Set Kurus Shaklee



Rasa macam terlebih inci? Lebih-lebih lagi kalau baru sahaja lepas melahirkan anak, mesti rasa nak cepat-cepat kembali kepada berat dan bentuk badan sebelum mengandungkan? Mari saya kongsikan kaedah mengurangkan inci yakni mengurangkan lemak berlebihan secara sihat dan selamat.

Kenapa lemak berkumpul?

Sebelum mengamalkan kaedah pengurangan lemak, eloklah kita memahami serba sedikit kenapa lemak berkumpul di bawah kulit lebih-lebih lagi di bahagian perut dan pinggang. Secara umumnya, pengumpulan lemak adalah berpunca daripada kadar metabolisme yang semakin berkurangan lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat. Pola pemakanan yang salah, juga diet yang tidak sesuai dengan keperluan badan juga merupakan faktor lemak terkumpul di dalam badan.

Pengambilan alkohol, ubat-ubatan sintetik dan pemanis tiruan dalam makanan juga boleh menghalang kelenjar dan organ berfungsi dengan baik. Haruslah juga kita mengambil kalori dalam jumlah yang diperlukan tubuh sahaja. Kalori berlebihan, yang tidak digunakan akan bertukar kepada lemak seterusnya menyebabkan kemunculan bonjol-bonjol lemak di badan kita.

Shaklee menawarkan set asas untuk membakar lemak seterusnya menyahkan lemak-lemak tersebut keluar daripada badan kita. Untuk tujuan ini, lecithin dan alfalfa complex merupakan gabungan vitamin terhebat yang dapat membantu mengurangkan lebihan lemak dalam badan kita.

Lecithin pembakar lemak
  • Merupakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’ di mana lecithin menyebabkan lemak itu ‘terapung’ dalam darah dan mencegah lemak melekat pada dinding membran
  • Lecithin diperlukan oleh badan kita, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri, maka bagus untuk ambil lecithin berasaskan soya yang bebas kolesterol.
  • Pemecah lemak yang selamat untuk ibu menyusu.
  • Pengambilan lecithin secara konsisten dalam kuantiti yang dicadangkan, mampu membantu mengelak obesiti dan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang sempurna.


Alfalfa
  • Bertindak sebagai serat yang mengangkut keluar lemak yang ‘terapung’ oleh lecithin tadi.
  • Bantu proses detoks toksin melalui proses pembuangan air besar dan kecil.
  • Melawaskan yang turut membantu dalam proses penurunan berat badan.
  • Membantu menurunkan paras kolesterol yang berkaitan penyakit jantung, serangan jantung dan strok – bila kita sihat, proses penurunan berat badan menjadi lebih mudah.


Kaedah mengurangkan pengumpulan lemak (sumber)

Pakar-pakar pemakanan telah mencadangkan langkah-langkah berikut:
  1. Pengambilan pil diet atau pil pembakaran lemak (perlu dapatkan nasihat doktor)
  2. Kurangkan pengambilan kalori dalam diet – pilih makanan berkalori rendah.
  3. Lebihkan senaman.
  4. Amalkan pemakanan seimbang dan sederhana kuantitinya.
  5. Kurangkan selera makan – kurangkan makanan pembuka selera, minum air dan makan buah-buahan sebelum makan nasi.
  6. Banyakkan minum air – sekurang-kurang 8 gelas air sehari dan diet sayuran/buah-buahan yang banyak mengandungi air.
  7. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.



Dalam usaha mengurangkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang ideal, disiplin adalah perkara paling utama. Di samping  set kurus Shaklee, disiplin dalam pemakanan dan senaman yang teratur pasti dapat membantu dalam mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Jom beli sekarang Set Kurus Bajet ini!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Wednesday, May 14, 2014

Anak Sihat dan Pintar dengan Sumber Semulajadi



Sihat dan Pintar dengan Meal Shakes dan Omega Guard

Memiliki anak-anak yang sihat, montel, comel dan bijak adalah impian setiap ibu bapa di dunia ini. Anak-anak yang mudah mendapat sakit seperti demam dan selesema, pasti sangat merisaukan kerana ianya boleh menjadi simpton kepada penyakit yang lebih kronik.

Majoriti kanak-kanak sememangnya memilih makanan. Mereka lebih gemarkan makanan yang manis dan berperisa tambahan. Bagi memenuhi lompong-lompong nutrisi yang diperlukan oleh badan mereka, saya berikan anak-anak saya yang comel itu Meal Shakes yang lazat dan Omega Guard yang berkilat itu..hehe..2 jenis makanan tambahan yang bagus untuk tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Alhamdulillah, mereka gemarkannya.



Faedah Meal Shakes kepada kanak-kanak
  • Multivitamin yang menyediakan mineral lengkap yang diperlukan oleh badan.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah memilih makanan dan mengatasi sembelit.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak, pastinya digemari kanak-kanak.



Faedah Omega Guard kepada kanak-kanak
  • Omega 3 (EPA dan DHA)  merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan.
  • DHA penting untuk pertumbuhan otak yang cergas, retina mata yang baik dan pertumbuhan saraf-saraf yang baik. Oleh itu, ianya penting dalam proses pembelajaran.
  • Memperkuatkan sistem imunisasi badan dengan menapis segala virus dan bakteria jahat daripada badan.
  • Pengambilan omega-3 secara berterusan dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
  • Kajian juga mendapati, pengambilan minyak ikan mampu mengurangkan simpton kemurungan ke atas kanak-kanak.
  • Sumber minyak ikan yang selamat kerana bukan bersumberkan daripada hati ikan yang berkemungkinan dicemari oleh kehadiran merkuri dan toksin yang merbahaya.

Jangan sebarangan memberikan makanan tambahan kepada anak-anak. Buat sedikit kajian dan penilaian. Paling penting, pastikan bersumberkan semulajadi yang tiada kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

Inginkan anak yang sihat dan pintar? Jom beli sekarang!


Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Monday, May 5, 2014

Kebaikan Meal Shakes untuk Kanak-kanak


Kebaikan Meal Shakes untuk Kanak-kanak

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu: (kredit)


  • Kurangkan ekzema

  • Untuk tumbesaran

  • Membantu perkembangan minda

  • Meningkatkan selera makan anak

  • Untuk anak yang dah berhenti susu ibu

  • Untuk anak kekal aktif

  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak

  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asthma

  • Mengatasi masalah sembelit pada anak

  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1

  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti

  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi

  • Supplemen yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu





  • Bulan Mei 2014 ini bulan promosi BELI 6 PERCUMA 1 Meal Shakes.

    Jom jadi ahli dan dapatkan penjimatan sehingga RM136.50 + cash bonus bagi bulan berikutnya.

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
    Shaklee ID: 891971
    asmaebiz@gmail.com
    019-6027343

    Friday, March 14, 2014

    ESP: Sumber Protein Pilihan Ramai yang selamat


    Energizing Soy Protein 

    Energizing Soy Protein (ESP) merupakan makanan tambahan yang paling laris di kalangan para wanita, tua dan muda. Lelaki juga boleh mengambilnya kerana pelbagai manfaat bakal diperolehi sekiranya diambil mengikut dose yang dicadangkan. Sumber soya yang digunakan dalam penghasilan ESP adalah dari sumber semulajadi tanpa adanya proses-proses yang mengurangkan manfaat soya itu sendiri.

    Perbezaan Soya Shaklee 

    Syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya dan ujian klinikal telah membuktikan protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

    Kelebihan dan Manfaat ESP
    • Protein berkualiti tinggi yang pernah dihasilkan
    • Sumber protein daripada kacang soya non-GMO (benih tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya Shaklee dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya
    • Setiap 850g (1 canister) dihasilkan daripada 30kg kacang soya
    • Membekalkan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama
    • Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia
    • Diperkaya dengan 5 vitamin dan 4 mineral
    • Sesuai untuk semua peringkat umur
    • Indeks glisemik yang rendah (LGI), kurang daripada 55 –melepaskan gula ke dalam darah secara perlahan, sangat sesuai untuk pesakit kencing manis
    • Satu hidangan ESP bersamaan
      o   2x ganda daging
      o   4x ganda telur
      o   12x ganda susu
    • Rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik – mengurangkan berat badan dalam jangkamasa panjang
    • Mudah diserap oleh tubuh


    Protein diperlukan oleh tubuh kita kerana ianya merupakan makanan kepada sel. Jika tubuh mendapat cukup keperluan protein, sel yang sihat akan mudah terbentuk bagi menggantikan sel lama dan yang telah mati. 

    Tidak perlu ragu dengan status halal ESP Shaklee kerana Shaklee hanya menggunakan kacang soya yang dicuci dengan air untuk mengekalkan kandungan isoflavones, genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya. Ada soya yang dicuci dengan alkohol tau, di mana proses ini juga telah mengurangkan/menghilangkan kandungan yang bermanfaat dalam kacang soya.

    Hanya 3 sudu ESP sehari, insyaaAllah tubuh pasti akan rasa kelainannya. Jom cuba sempena promosi daripada Shaklee bulan ini.


    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

    Shaklee ID: 891971
    asmaebiz@gmail.com
    019-6027343
    www.facebook.com/KedaiSihatCantik

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...