tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.
Showing posts with label Antioksidan. Show all posts
Showing posts with label Antioksidan. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Mata Sihat dengan Carotomax Shaklee


Mata Sihat

Mata adalah organ yang sangat penting pada tubuh kita. Oleh itu, sangat penting untuk kita sentiasa memastikan mata dalam keadaan yang sihat kerana dengannya juga kita dapat melihat keindahan di dunia ini.

Vitamin A untuk mata?

Seperti ramai yang kita sedia maklum, vitamin A sangat bagus untuk mendapatkan mata yang sihat. Vitamin A juga sangat penting untuk melindungi mata daripada kesan kerosakan akibat penuaan. Ia juga menggalakkan sistem pertahanan badan untuk menggunakan sel-sel yang diperlukan bagi melawan jangkitan. Tetapi harus berhati-hati kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kerig/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Paling teruk, boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa.

Bagaimana Carotomax membantu?

Bahan-bahan semulajadi dalam Carotomax sememangnya berfungsi dalam memberikan kesihatan kepada mata. Beta carotene dalam Carotomax akan berubah menjadi vitamin A bila diperlukan oleh tubuh. Ini dapat mengelakkan vitamin A berlebihan dalam tubuh yang boleh menyebabkan keracunan.  Karotena dalam Carotomax diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.




Kandungan dalam Carotomax yang membantu kesihatan mata, kulit dan membran mukosa:

Alpha Carotene dan Beta Carotene
Untuk penglihatan malam, menghalang degenerasi penglihatan, memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka, mengurangkan risiko kanser dan mempertingkatkan sistem imun.


Lycopene
Bersifat anti-oksidan dan menghalang penuaan organ.


Lutein
Menyekat katarak, AMD (penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.


Astaxanthin
Karatenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.


Zeaxanthin
Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.


Mari kita sama-sama pelihara mata, anugerah yang tidak ternilai ini. Klik di bawah untuk belian Carotomax segera.




Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Friday, November 22, 2013

CoQ Health Plus: Pelbagai manfaat dalam 1 kapsul

CoQ Health Plus merupakan produk terkini daripada Shaklee untuk membantu menjana jantung yang sihat. CoQ Health Plus diformulakan untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi atau kepada mereka yang ingin mencegah masalah ini. 

CoQ Health Plus Shaklee mengandungi proprietari CoQ10 dan resveratrol, ramuan-ramuan yang membantu menjana jantung anda. Selain CoQ10, ia turut mengandungi vitamin E dan teh hijau sebagai bahan utamanya.  Sebab itulah disamping menjana jantung yang sihat, pengambilan CoQ Health Plus mampu memberi manfaat terhadap kecantikan kulit dan kesuburan.




CoQ10

Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan nutrien yang berperanan membantu kesihatan salur darah. CoQ10 terhasil secara semulajadi oleh tubuh dan wujud dalam semua sel. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10 dalam tubuh kita, tetapi banyak faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia, pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas, telah menyebabkan peningkatan kepada keperluan nutrien yang amat penting ini.



Tanpa CoQ10, sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan betul. Sebagai antioksidan, CoQ10 membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (kolesterol tidak baik). Ini penting untuk menggalakkan fungsi salur darah, terutamanya yang mengankut salur darah ke organ jantung.

Siapa yang patut mengambil CoQ Health Plus?

  • Mereka yang berumur 18 tahun ke atas, sihat tetapi prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri
  • mereka yang mengambil ubat-ubatan yang mengurangkan tahap CoQ10 di dalam darah
  • wanita hamil atau mereka yang mengambil ubat cair darah - perlu mendapatkan nasihat daripada doktor mereka terlebih dahulu

Mahukan jantung yang sihat, kulit sihat menawan, kesuburan dan menghalang oksidasi LDL?? Hanya 1 kapsul CoQ Health Plus setiap hari.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Wednesday, November 13, 2013

Sustained Release Vita-C Plus yang menjadi Igauan Ramai

Igauan ramai? Biar betul...

Betul..masakan tidak, dalam masa kurang 2 minggu, 1 Malaysia kehabisan stok.

Vitamin C Shaklee dengan teknologi 'sustained release' - penerangan mudahnya, sebiji vita c 500mg yang diambil boleh bertahan selama 5 jam dalam badan kita. Vitamin C tersebut akan dilepaskan secara perlahan-lahan apabila badan kita perlukannya. Bijak kan??!! 


Fungsi vitamin C kepada kesihatan

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Jika berlebihan di dalam badan pula, vitamin C akan disalurkan keluar melalui urin. Kita memerlukan bekalan vitamin C secara berterusan di dalam badan. Pengambilan vitamin C secara berterusan membantu mencegah jangkitan dan selesema. Ianya juga merupakan anti-oksida yang kuat - anti penuaan, melawan radikal bebas dan mengurangkan kerosakan badan akibat toksik dan bahan kimia.




Manfaat Utama Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

  • Membentuk Kolagen - halang otot jadi lembik
  • Meningkatkan sistem imun - bina sel darah merah yang sihat
  • Memperbaiki simpton pendarahan - gusi berdarah, kulit lebam dll
  • Memerangi kanser - hapuskan radikal bebas
  • Mencantikkan kulit - lebih cerah, lambatkan penuaan, sekat pembentukan pigmen penyebab jeragat
  • Memperbaiki imsomnia
  • Mengekalkan kolesterol sihat - kurangkan kolesterol, tekanan darah, kekalkan kapilari darah yang sihat
1 tablet vita c 500mg ini bersamaan dengan vitamin C yang terkandung dalam 7 setengah biji oren tau.

Ingin juga rasai penangan sustained release vita-c plus ini?
Hubungi saya segera.. Asma 019-6027343.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

COD: Gombak, Istana Budaya

Saturday, December 15, 2012

Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder yang Hebat!

Ramuan utama dan fungsi Shaklee Collagen Powder:


Kolagen daripada sisik ikan merah:

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.


Ekstrak biji Camellia Japonica:

Biji Camellia Japonica terdiri daripada asid oleik, satu omelien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.


Ekstrak Pfaffia:

Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica akan membantu fungsi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikut kuantiti air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

Elastin daripada kolagen ikan:

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan ketengangan, keanjalan dan kulit yang elastik.


Vitamin C dan Vitamin B: 
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.


Ekstrak kerangan:

Glucosamine ekstrak kerangan adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.



Lactobacillus acidophilus:

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus. Usus yang sihat mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


Kombinasi 7 ramuan hebat ini menghasilkan kolagen yang bermutu tinggi, tahan lasak dan memberikan hasil yang mengagumkan.

khasiat collagen

Kesan nya sudah mula dapat dirasai pada awal pengambilan dan dalam 8 minggu pengambilan Shaklee Collagen Powder ini, anda dapat rasai kulit menjadi lebih baik secara keseluruhan.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...