tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Friday, May 23, 2014

Apa itu Vitamin?


Blog ni asyik sebut tentang vitamin..vitamin itu..vitamin ini..eh..vitamin tu apa? Dari kecik sampai ke besar sentiasa dengar orang menyebut vitamin. Masa kita di sekolah dulu-dulu pun, mesti banyak cikgu-cikgu bercakap tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan kita kan?


Apa itu Vitamin

Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Sehingga kini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik yang setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Ada vitamin yang dihasilkan oleh badan kita dan ada yang perlu kita dapatkan daripada makanan. Kebanyakan orang boleh mendapatkan cukup vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan sekiranya mereka mengamalkan diet yang sihat.



Vitamin diperlukan oleh badan bagi  mengekalkan kesihatan. Ia turut berperanan dalam pertumbuhan normal dan pencegahan penyakit. Kita perlu makan pelbagai hidangan makanan bagi mendapatkan kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mengekalkan kesihatan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan kelesuan dan mudah mengundang penyakit. Walaupun sepatutnya sumber vitamin boleh diperolehi melalui makanan, proses pengendalian makanan yang tidak betul menyebabkan vitamin sedia ada berkurangan atau lebih teruk lagi musnah terus.


Larut air dan larut lemak

Vitamin terbahagi kepada 2 kategori iaitu vitamin larut air (water soluble) dan vitamin larut lemak (fat soluble). Vitamin larut air adalah seperti Vitamin B dan C yang mana vitamin-vitamin ini dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Vitamin-vitamin yang larut lemak pula seperti Vitamin A, D, E dan K. Oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang.


Kenapa perlukan vitamin melalui pengambilan suplemen?


Faktor alam sekitar dan pengendalian bahan mentah dewasa ini menyebabkan pengambilan suplemen diperlukan bagi memenuhi keperluan vitamin oleh badan kita yang tidak boleh kita dapatkan melalui makanan. Pendedahan secara langsung dalam pencemaran alam sekitar serta gaya hidup kita yang kurang sihat juga menyebabkan badan tidak mendapat cukup vitamin dan mineral yang diperlukan. Pakar pemakanan menggalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal. 


Sumber rujukan:



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Monday, May 19, 2014

Zinc Complex Shaklee



Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan dan turut memainkan peranan dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Manfaat dan kebaikan pengambilan Zink (sumber)


  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: Mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan.


* Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



Banyakkan manfaat dan kebaikan menambahkan zink dalam diet harian kita? Dapatkan sebotol yang mengandungi 120 biji dengan hanya RM33.75. Tahan sehingga 4 bulan..sangat berbaloi kan?

Jom order Zinc Complex sekarang!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Thursday, May 15, 2014

Nyahkan Lebihan Inci dengan Set Kurus Shaklee



Rasa macam terlebih inci? Lebih-lebih lagi kalau baru sahaja lepas melahirkan anak, mesti rasa nak cepat-cepat kembali kepada berat dan bentuk badan sebelum mengandungkan? Mari saya kongsikan kaedah mengurangkan inci yakni mengurangkan lemak berlebihan secara sihat dan selamat.

Kenapa lemak berkumpul?

Sebelum mengamalkan kaedah pengurangan lemak, eloklah kita memahami serba sedikit kenapa lemak berkumpul di bawah kulit lebih-lebih lagi di bahagian perut dan pinggang. Secara umumnya, pengumpulan lemak adalah berpunca daripada kadar metabolisme yang semakin berkurangan lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat. Pola pemakanan yang salah, juga diet yang tidak sesuai dengan keperluan badan juga merupakan faktor lemak terkumpul di dalam badan.

Pengambilan alkohol, ubat-ubatan sintetik dan pemanis tiruan dalam makanan juga boleh menghalang kelenjar dan organ berfungsi dengan baik. Haruslah juga kita mengambil kalori dalam jumlah yang diperlukan tubuh sahaja. Kalori berlebihan, yang tidak digunakan akan bertukar kepada lemak seterusnya menyebabkan kemunculan bonjol-bonjol lemak di badan kita.

Shaklee menawarkan set asas untuk membakar lemak seterusnya menyahkan lemak-lemak tersebut keluar daripada badan kita. Untuk tujuan ini, lecithin dan alfalfa complex merupakan gabungan vitamin terhebat yang dapat membantu mengurangkan lebihan lemak dalam badan kita.

Lecithin pembakar lemak
  • Merupakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’ di mana lecithin menyebabkan lemak itu ‘terapung’ dalam darah dan mencegah lemak melekat pada dinding membran
  • Lecithin diperlukan oleh badan kita, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri, maka bagus untuk ambil lecithin berasaskan soya yang bebas kolesterol.
  • Pemecah lemak yang selamat untuk ibu menyusu.
  • Pengambilan lecithin secara konsisten dalam kuantiti yang dicadangkan, mampu membantu mengelak obesiti dan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang sempurna.


Alfalfa
  • Bertindak sebagai serat yang mengangkut keluar lemak yang ‘terapung’ oleh lecithin tadi.
  • Bantu proses detoks toksin melalui proses pembuangan air besar dan kecil.
  • Melawaskan yang turut membantu dalam proses penurunan berat badan.
  • Membantu menurunkan paras kolesterol yang berkaitan penyakit jantung, serangan jantung dan strok – bila kita sihat, proses penurunan berat badan menjadi lebih mudah.


Kaedah mengurangkan pengumpulan lemak (sumber)

Pakar-pakar pemakanan telah mencadangkan langkah-langkah berikut:
  1. Pengambilan pil diet atau pil pembakaran lemak (perlu dapatkan nasihat doktor)
  2. Kurangkan pengambilan kalori dalam diet – pilih makanan berkalori rendah.
  3. Lebihkan senaman.
  4. Amalkan pemakanan seimbang dan sederhana kuantitinya.
  5. Kurangkan selera makan – kurangkan makanan pembuka selera, minum air dan makan buah-buahan sebelum makan nasi.
  6. Banyakkan minum air – sekurang-kurang 8 gelas air sehari dan diet sayuran/buah-buahan yang banyak mengandungi air.
  7. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.



Dalam usaha mengurangkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang ideal, disiplin adalah perkara paling utama. Di samping  set kurus Shaklee, disiplin dalam pemakanan dan senaman yang teratur pasti dapat membantu dalam mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Jom beli sekarang Set Kurus Bajet ini!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Wednesday, May 14, 2014

Anak Sihat dan Pintar dengan Sumber Semulajadi



Sihat dan Pintar dengan Meal Shakes dan Omega Guard

Memiliki anak-anak yang sihat, montel, comel dan bijak adalah impian setiap ibu bapa di dunia ini. Anak-anak yang mudah mendapat sakit seperti demam dan selesema, pasti sangat merisaukan kerana ianya boleh menjadi simpton kepada penyakit yang lebih kronik.

Majoriti kanak-kanak sememangnya memilih makanan. Mereka lebih gemarkan makanan yang manis dan berperisa tambahan. Bagi memenuhi lompong-lompong nutrisi yang diperlukan oleh badan mereka, saya berikan anak-anak saya yang comel itu Meal Shakes yang lazat dan Omega Guard yang berkilat itu..hehe..2 jenis makanan tambahan yang bagus untuk tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Alhamdulillah, mereka gemarkannya.



Faedah Meal Shakes kepada kanak-kanak
  • Multivitamin yang menyediakan mineral lengkap yang diperlukan oleh badan.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah memilih makanan dan mengatasi sembelit.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak, pastinya digemari kanak-kanak.



Faedah Omega Guard kepada kanak-kanak
  • Omega 3 (EPA dan DHA)  merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan.
  • DHA penting untuk pertumbuhan otak yang cergas, retina mata yang baik dan pertumbuhan saraf-saraf yang baik. Oleh itu, ianya penting dalam proses pembelajaran.
  • Memperkuatkan sistem imunisasi badan dengan menapis segala virus dan bakteria jahat daripada badan.
  • Pengambilan omega-3 secara berterusan dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
  • Kajian juga mendapati, pengambilan minyak ikan mampu mengurangkan simpton kemurungan ke atas kanak-kanak.
  • Sumber minyak ikan yang selamat kerana bukan bersumberkan daripada hati ikan yang berkemungkinan dicemari oleh kehadiran merkuri dan toksin yang merbahaya.

Jangan sebarangan memberikan makanan tambahan kepada anak-anak. Buat sedikit kajian dan penilaian. Paling penting, pastikan bersumberkan semulajadi yang tiada kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

Inginkan anak yang sihat dan pintar? Jom beli sekarang!


Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Monday, May 5, 2014

Kebaikan Meal Shakes untuk Kanak-kanak


Kebaikan Meal Shakes untuk Kanak-kanak

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu: (kredit)


  • Kurangkan ekzema

  • Untuk tumbesaran

  • Membantu perkembangan minda

  • Meningkatkan selera makan anak

  • Untuk anak yang dah berhenti susu ibu

  • Untuk anak kekal aktif

  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak

  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asthma

  • Mengatasi masalah sembelit pada anak

  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1

  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti

  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi

  • Supplemen yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu





  • Bulan Mei 2014 ini bulan promosi BELI 6 PERCUMA 1 Meal Shakes.

    Jom jadi ahli dan dapatkan penjimatan sehingga RM136.50 + cash bonus bagi bulan berikutnya.

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
    Shaklee ID: 891971
    asmaebiz@gmail.com
    019-6027343

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...