tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Friday, November 22, 2013

CoQ Health Plus: Pelbagai manfaat dalam 1 kapsul

CoQ Health Plus merupakan produk terkini daripada Shaklee untuk membantu menjana jantung yang sihat. CoQ Health Plus diformulakan untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi atau kepada mereka yang ingin mencegah masalah ini. 

CoQ Health Plus Shaklee mengandungi proprietari CoQ10 dan resveratrol, ramuan-ramuan yang membantu menjana jantung anda. Selain CoQ10, ia turut mengandungi vitamin E dan teh hijau sebagai bahan utamanya.  Sebab itulah disamping menjana jantung yang sihat, pengambilan CoQ Health Plus mampu memberi manfaat terhadap kecantikan kulit dan kesuburan.




CoQ10

Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan nutrien yang berperanan membantu kesihatan salur darah. CoQ10 terhasil secara semulajadi oleh tubuh dan wujud dalam semua sel. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10 dalam tubuh kita, tetapi banyak faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia, pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas, telah menyebabkan peningkatan kepada keperluan nutrien yang amat penting ini.



Tanpa CoQ10, sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan betul. Sebagai antioksidan, CoQ10 membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (kolesterol tidak baik). Ini penting untuk menggalakkan fungsi salur darah, terutamanya yang mengankut salur darah ke organ jantung.

Siapa yang patut mengambil CoQ Health Plus?

  • Mereka yang berumur 18 tahun ke atas, sihat tetapi prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri
  • mereka yang mengambil ubat-ubatan yang mengurangkan tahap CoQ10 di dalam darah
  • wanita hamil atau mereka yang mengambil ubat cair darah - perlu mendapatkan nasihat daripada doktor mereka terlebih dahulu

Mahukan jantung yang sihat, kulit sihat menawan, kesuburan dan menghalang oksidasi LDL?? Hanya 1 kapsul CoQ Health Plus setiap hari.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Wednesday, November 13, 2013

Sustained Release Vita-C Plus yang menjadi Igauan Ramai

Igauan ramai? Biar betul...

Betul..masakan tidak, dalam masa kurang 2 minggu, 1 Malaysia kehabisan stok.

Vitamin C Shaklee dengan teknologi 'sustained release' - penerangan mudahnya, sebiji vita c 500mg yang diambil boleh bertahan selama 5 jam dalam badan kita. Vitamin C tersebut akan dilepaskan secara perlahan-lahan apabila badan kita perlukannya. Bijak kan??!! 


Fungsi vitamin C kepada kesihatan

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Jika berlebihan di dalam badan pula, vitamin C akan disalurkan keluar melalui urin. Kita memerlukan bekalan vitamin C secara berterusan di dalam badan. Pengambilan vitamin C secara berterusan membantu mencegah jangkitan dan selesema. Ianya juga merupakan anti-oksida yang kuat - anti penuaan, melawan radikal bebas dan mengurangkan kerosakan badan akibat toksik dan bahan kimia.




Manfaat Utama Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

  • Membentuk Kolagen - halang otot jadi lembik
  • Meningkatkan sistem imun - bina sel darah merah yang sihat
  • Memperbaiki simpton pendarahan - gusi berdarah, kulit lebam dll
  • Memerangi kanser - hapuskan radikal bebas
  • Mencantikkan kulit - lebih cerah, lambatkan penuaan, sekat pembentukan pigmen penyebab jeragat
  • Memperbaiki imsomnia
  • Mengekalkan kolesterol sihat - kurangkan kolesterol, tekanan darah, kekalkan kapilari darah yang sihat
1 tablet vita c 500mg ini bersamaan dengan vitamin C yang terkandung dalam 7 setengah biji oren tau.

Ingin juga rasai penangan sustained release vita-c plus ini?
Hubungi saya segera.. Asma 019-6027343.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

COD: Gombak, Istana Budaya

Wednesday, October 9, 2013

Mencegah dan Mengatasi Darah Tinggi dengan Shaklee

Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia. 

Golongan yang berisiko cenderung mendapat darah tinggi:
  • Sejarah keluarga - faktor genetik
  • Peningkatan usia - lelaki cendenrung mendapatnya di usia pertengahan manakala wanita selepas mengalami menopaus
  • Kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal - orang yang tidak aktif cenderung untuk mempunyai kadar nadi yang lebih tinggi, menyebabkan lebih kuat jantung bekerja dan menyebabkan lebih kuat tekanan di saluran arteri
  • Diet yang salah
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Berat badan berlebihan
  • Tekanan perasaan
  • Merokok - tembakau boleh merosakkan saluran arteri

Tekanan darah tinggi yang tidak diatasi dan dicegah boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi berikut:
  • Strok
  • Sakit jantung - kegagalan jantung
  • Kerosakan ginjal
  • Kerosakan mata
Saranan vitamin untuk pesakit darah tinggi:
  1. Vitamin asas (Vitalea, B Complex, Vita C) - untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular
  2. Carotomax, Vita E - vitamin anti-oksidan bagi mengurangkan risiko penyakit berpunca daripada aktiviti radikal bebas
  3. CoQ Health Plus - mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
  4. OmegaGuard - merendahkan paras kolesterol tidak baik, melancarkan darah dan meningkatkan fungsi jantung
  5. Garlic Complex - merendahkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan mengawal jangkitan
Mahu ikhtiar dengan mencuba set ini? Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan order. Sumber semulajadi, pastinya tiada kesan sampingan.

Jom order sekarang!

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Saturday, September 14, 2013

Kulit Sihat, Cantik Menawan dengan Set Kecantikan Shaklee

Kulit yang kusam, dipenuhi jerawat, tona kulit yang tidak sekata, jeragat, parut jerawat dan lain-lain masalah kulit wajah, sememangnya boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri. Pemakanan dan cara hidup yang tidak betul sememangnya boleh menjadi faktor kepada masalah kulit ini.

Jom saya terangkan bagaimana set kecantikan kulit ini boleh membantu mengurangkan masalah-masalah yang menghantui para wanita selama ini.



Vita-E Complex
- anti penuaan
- memudarkan parut
- mengurangkan jerawat
- memulihkan tekstur kulit
- memberikan tona wajah yang sekata
- mengurangkan kedut dan garis amin c


B-Complex
- melembabkan kulit
- menaikkan seri wajah
- mengelakkan stress, punca masalah jerawat
- melancarkan peredaran darah

Chewable Vita-C Plus
- membentuk kolagen
- mencerahkan kulit
- mengurangkan jeragat
- merawat kulit kasar dan kering

GLA Complex
- memperlahankan proses penuaan
- menstabilkan hormon dalam badan

- menjadikan kulit lebih sihat dan berseri

Jika diamalkan secara konsisten, pasti kulit akan cantik berseri, sihat menawan kerana pengambilan set kulit cantik ini bertujuan menutup lompong-lompong nutrisi dalam badan kita. Bila badan sihat, cukup nutrisi, akan terpancarlah di wajah kita nanti.

Nak cuba? Hubung saya. Konsultasi berterusan selepas pembelian. Ada group eksklusif juga untuk kita berkongsi tentang kesihatan.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343 (whatsApp/Line/SMS)

Thursday, September 12, 2013

Penapis Air Bajet dan Mudah Alih dengan Get Clean® Water Pitcher

"Sebahagian dari nutrien fitokimia anti-kanser dan anti-penyakit semulajadi yang paling berharga yang biasanya ditemui dalam makanan, didapati boleh menyebabkan kanser bila dicampurkan dengan air paip berklorin. Penemuan ini termasuk makanan yang biasa iaitu soya, buah-buahan, sayur-sayuran, teh, produk kesihatan, dan beberapa preskripsi.

Ia menunjukkan bahawa makanan segar yang kita makan juga bertindak balas terhadap air paip berklorin yang kita gunakan untuk memasak makanan kita, mewujudkan toksin. Ini bermakna bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran, salad hijau, teh hijau, teh hitam, teh herba, produk soya, vitamin dan pelbagai makanan tambahan, dan juga beberapa ubat-ubatan farmaseutikal boleh dikaitkan dengan kombinasi dengan air berklorin." - sumber

Terkejutkan bila dapat tau tindak balas makanan segar yang kita cuci dengan air bertujuan untuk membersihkan tetapi sebenarnya boleh menjadi punca kepada penyakit kronik. Mari saya perkenalkan penapis air bajet bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki dan menyelenggara penapis air yang harganya agak boleh tahan mahalnya.

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.



Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan - dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama


sumber: Shaklee Malaysia

Antara ciri-cirinya yang disukai ramai adalah ianya RINGAN dan MUDAH di bawa ke mana sahaja serta MENJIMATKAN KOS - tanpa perlu masak air dan tanpa penggunaan elektrik!!

Penuras karbonnya sangat mesra alam kerana setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil tetapi sangat mementingkan kebersihan air yang digunakan.

Harga runcit pek permulaan dengan 1+3 blok karbon cuma RM460.00. Selepas 16 bulan (1 tahun 4 bulan - lama tu..), cuma perlu gantikan blok karbon sahaja. Memang berbaloi-baloi.

Hubungi saya untuk dapatkan penapis air berkualiti ini atau klik-klik je button comel di bawah.






Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Wednesday, September 4, 2013

Diet Sihat untuk penurunan berat badan berkesan dengan Cinch Shake Mix

Ramai yang mengamalkan diet ‘tidak makan’ atau ‘makan terlalu sedikit’ untuk kurus. Pertamanya, jika mahu kurus, kita perlu faham konsep kalori. Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan oleh tubuh. Lebihan pengambilan kalori akan menyebabkan kegemukan kerana kalori yang tidak digunakan akan disimpan dalam bentuk lemak. Manakala kekurangan pengambilan kalori menyebabkan badan kita cepat berasa letih dan kurang aktif.



Diet ‘tidak makan’ boleh menjadi sesuatu yang membahayakan kesihatan kerana akan merosakkan sistem badan akibat kekurangan nutrisi. Diet ekstrem sebegini sememangnya dapat menurunkan berat badan dengan cepat kerana otot-otot mengecut akibat kekurangan nutrisi.  Tetapi apabila diet sebegini ditinggalkan, berat badan akan mendadak naik akibat daripada kadar metabolisme yang menurun semasa mengamalkan diet ‘tidak makan’ tersebut.

Jika kita ingin berdiet secara sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan, gantikan ‘kurang makan’ kita itu dengan makanan pengganti bagi memenuhi keperluan nutrien badan kita. Nutrisi sangat penting lebih-lebih ketika berdiet hendak kurus bagi memelihara dan membina otot dan metabolisme badan agar proses pembakaran lemak dapat dilakukan dengan berkesan.

Kenapa Cinch Shake Mix bagus untuk menurunkan berat badan?


  1. Diperkasakan dengan leucine – berfungsi mengekalkan tisu-tisu otot tanpa lemak dan membantu menyerap protein dengan lebih baik sekaligus  menghasilkan  lebih banyak otot yang berkualiti.
  2. Memberi faedah seperti makanan kerana mengandungi 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut yang memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.
  3. Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  4. Pengambilan Cinch Shake Mix dengan konsisten dan aturan yang betul boleh menghilangkan lemak, berat, inci tetapi dalam masa yang sama tetap mengekalkan jisim otot.

Sebarang pembelian produk penurunan berat badan, anda akan dapat tips ekslusif daripada saya. Jom kurus secara sihat!!



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Thursday, August 29, 2013

Atasi Senggugut dengan GLA Complex

Senggugut atau period pain merupakan kesakitan ketika didatangi haid yang lazimnya didatangi kepada gadis yang baru meningkat remaja. Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh rahim yang mengecut begitu kuat untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja.




Beberapa kaedah bagi mengatasi/mengurangkan kesakitan senggugut:
  • Tidur dan rehat secukupnya
  • Tuam bahagian bawah perut dan pinggang
  • Urutan
  • Senaman ringan
  • Amalkan diet sihat
  • Elakkan pengambilan alkohol dan kafein
  • Pengambilan GLA Complex Shaklee




Bagaimana GLA Complex membantu?

Kesakitan akibat senggugut melibatkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasansekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku akibat badan yang kekurangan GLA (gamma-linolenic acid). Wanita yang sedang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid linoleik yang merupakan asid lemak penting kepada GLA. Maka, pengambilan GLA amatlah penting bagi mengurangkan kesakitan akibat senggugut yang dialami.

GLA complex Shaklee bersumber semulajadi iaitu diekstrak dari borage - sejenis herba yang turut dapat merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

Bagi mereka yang setiap bulan tidak dapat lari daripada menghadapi senggugut, apa kata cuba sebotol GLA complex Shaklee.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya segera.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343 (WhatsApp/SMS/Call)

3 Persoalan tentang Saya dan Shaklee

Jawapan saya kepada 3 persoalan di bawah:




Kenapa saya menyertai dan buat bisnes Shaklee?

Tujuan utama adalah untuk mendapatkan side income, lebih-lebih lagi gaji jawatan biasa-biasa seperti saya ini membuatkan saya tidak dapat menyimpan banyak untuk masa depan. Duit gaji habis membayar PTPTN serta hutang piutang lain, yuran taska anak dan lain-lain keperluan sahaja. Tetapi setelah berbulan bersama Shaklee, saya percaya, saya boleh dapat lebih daripada sekadar side income. Saya mesti berusaha untuk menjadi work-at-home-mama (WAHM), mengasuh dan melihat anak-anak membesar di depan mata dan pastinya mempunyai masa yang berkualiti bersama keluarga.

Apa yang saya perolehi dengan bisnes Shaklee?

Sebelum 'berminat' dengan Shaklee, macam-macam jenis bisnes saya cuba, tapi tak lama. Perasaan ghairah dan enjoy tu tak lama..tetapi dengan Shaklee, macam-macam yang saya dapat..saya dapat group bimbingan yang hebat yang sentiasa mendorong saya untuk meningkatkan kualiti bisnes saya dan semestinya angka bonus juga meningkat sama. Bersama Shaklee, saya bukan sekadar menjual produk tetapi turut berkongsi segala kebaikan produk dengan orang ramai. Shaklee bukan sekadar memberi bonus hasil jualan, tetapi turut menghargai para ahlinya dengan memberi pelbagai award, bonus kereta, percutian 5 bintang dan pelbagai lagi. Ilmu tentang kesihatan juga secara tidak langsung dapat saya perolehi secara percuma.

Adakah saya akan berjaya?

InsyaAllah, saya yakin saya mampu berjaya jika saya terus berusaha mencapainya tanpa kenal erti putus asa. Usaha+doa+tawakal. Usaha yang luar biasa menghasilkan keputusan yang luar biasa juga. Dari awal menyertai bisnes ini saya sudah pun dapat melihat potensi yang sama untuk semua ahli. Beza hasilnya bergantung kepada usaha masing-masing. Dan kita ini hidup bertuhan..walau sehebat mana pun usaha kita, mintalah juga dengan Allah kerana hanya dia Maha Pemberi.

3 persoalan telah terjawab. Anda punya matlamat seperti saya? Jom sertai kumpulan bisnes kami dan sama-sama kita berusaha mencapai matlamat kita.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Thursday, August 22, 2013

Kenapa Saya Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

Saya 'menyedari' tentang kewujudan produk Shaklee lama dulu. Masa zaman sekolah lagi jika tidak silap. Zaman U ada orang luar yang promote..tapi masa tu belum ada pendapatan..memang tak sibuk nak cuba. Akhirnya saya menjadi ahli selepas berpuas hati semasa mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil anak ke-3 seterusnya mengambil set berpantang.

Kenapa jadi ahli?
  • Dengan bayaran serendah RM65, keahlian adalah seumur hidup kecuali tidak membuat sebarang belian dalam tempoh bertahun-tahun.
  • Susur galur upline saya adalah terdiri daripada mereka yang bukan sekadar menjual produk, tetapi turut memberi konsultasi berterusan kepada setiap pelanggan merupakan faktor penarik kenapa saya ingin menjadi ahli dan masuk ke dalam group khas mereka.
  • MLM yang patuh syariah dan kaedah yang diajar jika mahu serius berniaga sememangnya logik untuk dicapai walau tanpa modal. (kecuali untuk mendaftar keahlian)
  • Selain dapat membuat belian dengan harga ahli, kita juga boleh dapat mata(UV) daripada setiap pembelian dan jika mencapai minimum 150UV sebulan, sudah layak menerima bonus.
  • Paling best, makin banyak jualan/belian, makin banyak bonus yang Shaklee bayar dan bonus masuk tengah bulan pula tu..di saat gaji bulanan tinggal separuh atau suku..hehe..alhamdulillah


Nakkan keahlian secara percuma? Ada kaedahnya..PM/WhatsApp/SMS untuk maklumat lanjut. InsyaAllah pasti tidak menyesal menyertai kumpulan perniagaan kami.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Tuesday, August 6, 2013

Omega Guard: A must have Vitamin Sepanjang Musim Raya

Ramadhan semakin meninggalkan kira. Syawal pula bakal menjelma. Tentu ramai yang sudah berada dalam mood raya. Ramadhan yang masih berbaki ini, mari kita banyakkan berdoa dan teruskan amal ibadah walau sibuk dengan persiapan raya. Ramadhan setahun sekali, doa-doa semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang..insyaAllah.

Sebulan berpuasa, mesti ramai yang berniat nak cover makan banyak-banyak raya nanti. Sabar..belajar mengawal nafsu..hehe. Ikut hati semua nak dijamah..jamahla semua tapi dalam kuantiti yang sedikit setiap satu juadah itu..ukur perut..terlebih nanti datang penyakit lain pula.



Memandangkan juadah raya nanti pasti dipenuhi dengan makanan-makanan berlemak seperti ketupat, lemang, rendang di samping biskut-biskut raya dan lain-lain, saya cadangkan kita stand by Omega Guard sebotol. Setiap kali selepas makan berat, ambil sebiji untuk menyingkirkan lemak-lemak dalam badan. Sebiji sehari pun cukup..tetapi bagi mereka yang ingin membuang lemak-lemak tepu di dalam badan, dicadangkan pengambilan sebanyak 3 biji sehari.

Bagaimana Omega Guard membantu menyingkirkan lemak?

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega-3 yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan kita dan membantu kita mengawal rasa lapar. Leptin meningkatkan metabolisme dan juga menyebabkan badan kita membakar lemak untuk menghasilkan tenaga. Asid lemak Omega-3 membantu mengawal kelaparan dengan menstabilkan paras gula dalam darah.



Banyak lagi manfaat Omega Guard Shaklee ni. Boleh refer sini.

Hubungi saya untuk order dan dapatkan konsultasi percuma selepas belian.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

Friday, August 2, 2013

Bantu Legakan Sakit Sendi Mak Ayah dengan Advanced Joint Health Tablet

Semakin meningkat usia, memang tak lari daripada mengalami sakit tulang dan sendi. Bila sendi tidak selesa, nak beraktiviti macam-macam pun terganggu dek ketidakselesaan itu.

Warga emas merupakan antara golongan yang berisiko mendapat mendapat sakit sendi. Apabila usia kita meningkat, tulang-tulang akan mula hilang kalsium dan lain-lain mineral yang menyebabkan kepadatan tulang menurun. Bendalir dalam sendi-sendi akan berkurang dan tulang rawan mula berlaga antara satu sama lain yang menyebabkan sendi berasa sakit.

Antara Simpton Sakit Sendi
§  Ketegangan
§  Lenguh
§  Bengkak
§  Kesakitan
§  Bunyi berkeriut bila bergerak

Advanced Joint Health Tablet diformulasikan khusus untuk membantu memberikan keselesaan sendi dan menyokong pergerakan. Advance Joint Health Tablet ini diperbuat daripada bahan-bahan herba semulajadi  dan bahan-bahannya diuji secara klinikal untuk keberkesanan terhadap masalah sendi. Ianya diperbuat dari jagung, boswellia dan bahan-bahan lain yang penting untuk kesihatan sendi seperti vitamin C, zinc, mangan dan sebagainya.

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara berikut:




Lebaran ini, bawa pulang sebotol untuk insan tersayang. Alang-alang sedang promosi, dapatkan terus 2-3 botol dengan harga yang berbaloi-baloi. Hubungi saya atau klik sahaja butang comel di bawah untuk beli segera.



Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Tuesday, July 30, 2013

Hebatnya Vita E Complex dengan Ekstrak Biji Anggur

Vita E Complex Shaklee dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Vita E Complex mengandungi 10mg selenium semulajadi bagi membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Kenapa ekstrak biji anggur?

Ada sebabnya kenapa Shaklee memperbaharui formula Vita E Complex dengan ekstrak biji anggur. Jom ketahui mengapa: (sumber diubahsuai)
  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protin, lipid, karbohidrat dan polifenol.
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Dalam erti kata lain minyak biji anggur ini amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan  dan yang bagusnya ekstrak biji anggur terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul dan lain-lain lagi.
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Secara ringkasnya, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Hebat bukan? Vita E ini sangat sesuai diambil oleh:
  • mereka yang inginkan kulit yang cantik
  • mereka yang bermasalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan berparut
  • anemia
  • mempunyai masalah saraf dan otot
  • pesakit darah tinggi
  • masalah rambut gugur
  • atlet - mengelakkan kejang otot
  • ingin hamil
  • diabetes
  • lelaki dan wanita
  • warga tua
Harus dipastikan supaya vita E tidak diambil bersama-sama alfalfa kerana pengambilan bersama boleh menggangu penyerapan vita E oleh tubuh kita.

Jom beli Vita E Complex sekarang!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Thursday, July 25, 2013

Nutriferon: Pilihan Yang Lebih baik Untuk MENINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN

Usai solat Subuh pagi semalam, anak dara saya, Husna, panggil dari atas katil dan memberitahu bahawa dia muntah. Basah tilam dengan muntahnya.. Saya mandikan dan hantar ke taska seperti biasa.

Lewat petang ambil di taska dia nampak sihat, tetapi kurang aktif dan malas (biasanya sangat rajin berceloteh dan tolong ummi hidangkan menu berbuka). Dia hanya berbaring sementara ummi, abi dan abg long berbuka. Jam 8 malam, dia muntah sekali lagi. Saya anggap dia muntah sebab banyak kahak di tekaknya sahaja (tapi terlupa pula nak beri OmegaGuard yang sangat bagus untuk keluarkan kahak)..saya bancuh nutriferon dan bagi dia minum separuh. Sementara menunggu ummi dan abg long selesai solat Isya', Husna tertidur sehingga jam 11 malam. Bila terjaga saya rasa dahi dan badannya agak panas. Memandangkan tiada stok paracetamol cecair di rumah, saya masukkan ubat ikut duburnya. Belum sempat meresap dia dah buang air besar..terkeluar semula begitu sahaja ubat tersebut.

Tawakaltu alallah..saya risau badannya makin panas, minta dia habiskan baki nutriferon yang dibancuh tadi, kemudian sambung tidur sehingga ke pagi. Jam 6 pagi tadi, saya rasa dahi dan badannya, alhamdulillah tidak panas lagi. Alhamdulillah, saya dapat elakkan memberi ubat kepada anak saya.

Apakah itu Shaklee Nutriferon?

Jika anak-anak kerap dijangkiti selesema, batuk dan demam, mereka mungkin memerlukan nutriferon. Nutriferon dihasilkan bertujuan untuk 'boost' sistem perlindungan imuniti tubuh, iaitu interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut membiak dalam tubuh kita.



Interferon dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita bagi melawan serangan virus, dan nutriferon membantu tubuh kita untuk menghasilkan lebih banyak interferon sekaligus mengelakkan serangan virus lain dan virus-virus yang bereplikasi dalam sistem tubuh kita.

Nutriferon Shaklee bukan ubat dan tidak mendatangkan kesan sampingan seperti kita makan ubat umpamanya antibiotik yang ‘mematikan’ kebanyakan bakteria termasuk yang kita perlukan. Tetapi nutriferon Shaklee merupakan campuran botani terpilih bagi meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah.

Jom kita pastikan sentiasa ada stok nutriferon di rumah.

Elakkan ubat, gunakah sumber semulajadi yang tiada kesan sampingan.

Jom beli Nutriferon sekarang!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

Wednesday, July 10, 2013

Masalah Keputihan Pada Wanita dan Cara Mengatasinya

Keputihan merupakan sesuatu yang tidak disenangi oleh para wanita. Selain menimbulkan ketidakselesaan, keputihan yang berlebihan menyebabkan perasaan rendah diri terutamanya bagi wanita yang telah berkahwin. Walaupun begitu, ramai menganggap keputihan adaah sesuatu yang normal kepada wanita.


Terdapat 2 jenis keputihan iaitu keputihan normal dan tidak normal yakni berbahaya. Jom kenalpasti ciri-ciri bagi 2 jenis keputihan tersebut:

Keputihan normal:
  • -         Tiada warna (transparent)
  • -         Tidak berbau
  • -         Tidak menyebabkan gatal
  • -         Jumlahnya sedikit

Keputihan tidak normal:
  • -         Lendir yang pekat
  • -         Berwarna kuning hingga kehijauan
  • -         Berbau busuk
  • -         Gatal pada vagina


Keputihan tidak normal biasanya berlaku akibat ketidakseimbangan bakteria dalam vagina yang mempengaruhi warna, bau dan juga kelikatan keputihan. Beberapa keadaan yang menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam vagina ini berlaku ialah:
  • -      Penggunaan antibiotik juga streoid yang terlalu lama
  • -     Jangkitan bakteria yang sering berlaku pada wanita hamil atau kepada wanita yang sering bertukar pasangan
  • -          Kanser serviks
  • -          Diabetes tahap tinggi
  • -          Penggunaan pencuci vagina dengan pH yang tidak sesuai
  • -          Penipisan dan kekeringan dinding vagina kerana menapause, ubat-ubatan dan lain-lain
  • -          Jangkitan kulat

Cara mengatasi masalah keputihan secara semulajadi 
  1. 1.       Ambil makanan seimbang, yang rendah gula.
  2. 2.       Menjaga kesihatan secara umum – tidur yang cukup, bersenam, elakkan tekanan emosi.
  3. 3.       Menjaga kebersihan secara teratur – kebersihan vagina, memakai pakaian dalam yang bersih dan dari jenis cotton, menghindari penggunaanpembersih vagina, kertas tandas berwarna dan kain lap milik awam, dan kerap mengganti tuala pakai buang.


Bagi yang ingin mencuba produk semulajadi dari Shaklee untuk mengatasi masalah keputihan, saya cadangkan pengambilan Alfalfa Complex.

Jom beli Alfalfa Complex sekarang untuk mencubanya!


Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Kedai Sihat & Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
✉ asmaebiz@gmail.com
✆ 019-6027343
☞ www.facebook.com/KedaiSihatCantik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...