tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Friday, May 23, 2014

Apa itu Vitamin?


Blog ni asyik sebut tentang vitamin..vitamin itu..vitamin ini..eh..vitamin tu apa? Dari kecik sampai ke besar sentiasa dengar orang menyebut vitamin. Masa kita di sekolah dulu-dulu pun, mesti banyak cikgu-cikgu bercakap tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan kita kan?


Apa itu Vitamin

Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Sehingga kini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik yang setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Ada vitamin yang dihasilkan oleh badan kita dan ada yang perlu kita dapatkan daripada makanan. Kebanyakan orang boleh mendapatkan cukup vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan sekiranya mereka mengamalkan diet yang sihat.



Vitamin diperlukan oleh badan bagi  mengekalkan kesihatan. Ia turut berperanan dalam pertumbuhan normal dan pencegahan penyakit. Kita perlu makan pelbagai hidangan makanan bagi mendapatkan kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mengekalkan kesihatan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan kelesuan dan mudah mengundang penyakit. Walaupun sepatutnya sumber vitamin boleh diperolehi melalui makanan, proses pengendalian makanan yang tidak betul menyebabkan vitamin sedia ada berkurangan atau lebih teruk lagi musnah terus.


Larut air dan larut lemak

Vitamin terbahagi kepada 2 kategori iaitu vitamin larut air (water soluble) dan vitamin larut lemak (fat soluble). Vitamin larut air adalah seperti Vitamin B dan C yang mana vitamin-vitamin ini dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Vitamin-vitamin yang larut lemak pula seperti Vitamin A, D, E dan K. Oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang.


Kenapa perlukan vitamin melalui pengambilan suplemen?


Faktor alam sekitar dan pengendalian bahan mentah dewasa ini menyebabkan pengambilan suplemen diperlukan bagi memenuhi keperluan vitamin oleh badan kita yang tidak boleh kita dapatkan melalui makanan. Pendedahan secara langsung dalam pencemaran alam sekitar serta gaya hidup kita yang kurang sihat juga menyebabkan badan tidak mendapat cukup vitamin dan mineral yang diperlukan. Pakar pemakanan menggalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal. 


Sumber rujukan:



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...