tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Thursday, May 15, 2014

Nyahkan Lebihan Inci dengan Set Kurus Shaklee



Rasa macam terlebih inci? Lebih-lebih lagi kalau baru sahaja lepas melahirkan anak, mesti rasa nak cepat-cepat kembali kepada berat dan bentuk badan sebelum mengandungkan? Mari saya kongsikan kaedah mengurangkan inci yakni mengurangkan lemak berlebihan secara sihat dan selamat.

Kenapa lemak berkumpul?

Sebelum mengamalkan kaedah pengurangan lemak, eloklah kita memahami serba sedikit kenapa lemak berkumpul di bawah kulit lebih-lebih lagi di bahagian perut dan pinggang. Secara umumnya, pengumpulan lemak adalah berpunca daripada kadar metabolisme yang semakin berkurangan lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat. Pola pemakanan yang salah, juga diet yang tidak sesuai dengan keperluan badan juga merupakan faktor lemak terkumpul di dalam badan.

Pengambilan alkohol, ubat-ubatan sintetik dan pemanis tiruan dalam makanan juga boleh menghalang kelenjar dan organ berfungsi dengan baik. Haruslah juga kita mengambil kalori dalam jumlah yang diperlukan tubuh sahaja. Kalori berlebihan, yang tidak digunakan akan bertukar kepada lemak seterusnya menyebabkan kemunculan bonjol-bonjol lemak di badan kita.

Shaklee menawarkan set asas untuk membakar lemak seterusnya menyahkan lemak-lemak tersebut keluar daripada badan kita. Untuk tujuan ini, lecithin dan alfalfa complex merupakan gabungan vitamin terhebat yang dapat membantu mengurangkan lebihan lemak dalam badan kita.

Lecithin pembakar lemak
  • Merupakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’ di mana lecithin menyebabkan lemak itu ‘terapung’ dalam darah dan mencegah lemak melekat pada dinding membran
  • Lecithin diperlukan oleh badan kita, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri, maka bagus untuk ambil lecithin berasaskan soya yang bebas kolesterol.
  • Pemecah lemak yang selamat untuk ibu menyusu.
  • Pengambilan lecithin secara konsisten dalam kuantiti yang dicadangkan, mampu membantu mengelak obesiti dan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang sempurna.


Alfalfa
  • Bertindak sebagai serat yang mengangkut keluar lemak yang ‘terapung’ oleh lecithin tadi.
  • Bantu proses detoks toksin melalui proses pembuangan air besar dan kecil.
  • Melawaskan yang turut membantu dalam proses penurunan berat badan.
  • Membantu menurunkan paras kolesterol yang berkaitan penyakit jantung, serangan jantung dan strok – bila kita sihat, proses penurunan berat badan menjadi lebih mudah.


Kaedah mengurangkan pengumpulan lemak (sumber)

Pakar-pakar pemakanan telah mencadangkan langkah-langkah berikut:
  1. Pengambilan pil diet atau pil pembakaran lemak (perlu dapatkan nasihat doktor)
  2. Kurangkan pengambilan kalori dalam diet – pilih makanan berkalori rendah.
  3. Lebihkan senaman.
  4. Amalkan pemakanan seimbang dan sederhana kuantitinya.
  5. Kurangkan selera makan – kurangkan makanan pembuka selera, minum air dan makan buah-buahan sebelum makan nasi.
  6. Banyakkan minum air – sekurang-kurang 8 gelas air sehari dan diet sayuran/buah-buahan yang banyak mengandungi air.
  7. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.



Dalam usaha mengurangkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang ideal, disiplin adalah perkara paling utama. Di samping  set kurus Shaklee, disiplin dalam pemakanan dan senaman yang teratur pasti dapat membantu dalam mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Jom beli sekarang Set Kurus Bajet ini!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:

Shaklee ID: 891971
asmaebiz@gmail.com
019-6027343
www.facebook.com/KedaiSihatCantik

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...