tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Sunday, March 24, 2013

Asid Folik dan Kehamilan

Kebiasaannya, setelah seseorang wanita disahkan hamil, barulah beliau akan mula mengamalkan pengambilan asid folik, dan biasanya pada ketika itu, kandungan sudah pun berusia lebih daripada 5 minggu. Tahukah anda bahawa sebaik-baiknya pengambilan asid folik ini dimulakan ketika kita merancang untuk hamil, yakni 3 bulan sebelum hamil?


Keperluan pengambilan asid folik sebelum hamil

Terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Selain itu, ianya penting dalam pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi semasa di dalam kandungan. Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku. Sememangnya semua yang berlaku adalah ketentuan Allah S.W.T jua. Tetapi sebagai hambaNya, perlulah kita berusaha mencegah dan sentiasa berdoa diberikan yang terbaik untuk kita.


Sumber makanan yang mengandungi ASID FOLIK

Makanan yang kaya asid folik atau dipanggil folat adalah sangat baik bagi ibu dan bayi dalam kandungan. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh ibu hamil. Berikut adalah makanan yang kaya folat: 




Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
· bayam, 1 cawan;
· kacang bendi, setengah cawan;
· asparagus, setengah cawan;
· lentil, setengah cawan;
· hati, 1 keping;
· 11 kubis brussels;
· kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
· emping bran, 7 sudu makan;
· germa gandum, 25g / 1 aun;
· betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
· brokoli kukus, 2 pucuk;
· buah oren saiz besar;
· nasi putih, setengah cawan;
· oat, setengah cawan;
· kacang merah, setengah cawan;
· jagung saiz besar, 1;
· biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. 


Kenapa perlunya Suplemen ketika hamil

Walaupun kebanyakan wanita hamil begitu menjaga pemakanan bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan, persekitaran dan cara hidup di zaman ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kaedah dan cara penyediaan makanan yang diambil. Walaupun kita cuba mengamalkan pemakanan yang kaya khasiat pada dasarnya, tetapi kita tidak dapat memastikah sama ada makanan yang diambil itu mengikut proses penanaman dan kaedah memasak yang betul, yakni tidak menhilangkan khasiat semulajadi makanan tersebut.

Atas dasar tersebut, Shaklee mencadangkan pengambilan 5 jenis pengambilan makanan tambahan ini bagi menampung dan menutup lompang-lompang nutrisi, khasnya bagi ibu hamil.

1. Vitalea (multi vitamin dan multi mineral)
2. Vita C (Sustained Release- pelepasan vitamin C secara perlahan-lahan dalam tempoh 5 jam)
3. B-Complex (mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk 100% biotin dan folik asid)
4. OsteMatrix (kalsium dengan magnesium dan vitamin D)
5. Energyzing Soy Protein (ESP – membekalkan tenaga, menyediakan 9 asid amino penting)

Supplemen Asas semasa hamil

Penting bagi para ibu hamil mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan proses kehamilan berjalan dengan selamat. Pengambilan makanan tambahan (suplemen) adalah salah satu usaha bagi memastikan ibu dan kandungan mendapat khasiat yang secukupnya.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Whatsapp/Viber/SMS: 019-6027343

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...