Sememangnya sebagai pelajar, wanita bekerjaya, komitmen kita yang tinggi dengan tugas seharian menyebabkan kita cepat berasa lapar. Meninggalkan sarapan juga menyebabkan kita akan mula makan dengan jumlah yang lebih daripada sepatutnya. Ini sebenarnya menyumbang kepada pertambahan berat badan.
Salah satu kaedah untuk mengawal selera makan adalah dengan mengambil makanan pembuka selera dalam kuantiti yang kecil sebelum makan. Antara cadangan menu pembuka selera yang boleh kita amalkan adalah seperti berikut:
Minyak zaitun, minyak‘flaxseed’, keju, dan mentega kacang merupakan makanan yang kaya dengan lemak sihat (‘healthy fats’) yang mana boleh membantu mengawal selera makan kita. Ini kerana kita akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil kalori dalam kuantiti yang rendah. Kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan seperti menu yang dicadangkan di atas boleh mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhannya, memperlahankan perjalanan makanan dalam perut, serta memanjangkan rasa kenyang sehingga empat jam selepas makan.
Boleh cuba juga beberapa tips berikut:

- minum banyak air kosong
- kunyah buah-buahan bila lapar
- jangan mulakan dengan pencuci mulut (gula boleh meningkatkan selera makan)
- mengambil makanan tambahan (suplemen) yang membantu mengurangkan nafsu makan seperti asid amino, mineral, b-complex dan multivitamin
- segarkan mulut dengan pudina
- mengunyah chewing gum yang bebas gula
- mengambil protin kerana protin dapat mengurangkan keinginan terhadap karbo
Marilah sama-sama secara perlahan-lahan kita mengawal nafsu makan supaya tidak tergolong dalam golongan obesiti. Walaupun saya sedang hamil 12 minggu, saya juga sedang berusaha mengawal pengambilan makanan bagi mengelakkan hadirnya penyakit-penyakit yang membahayakan ibu hamil.
Jom sama-sama kita mengawal nafsu makan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui pengambilan makanan yang berkhasiat.
Nota: Shaklee menawarkan vita-lea(multivitamin), b-complex dan ESP serta Cinch Shake Mix sebagai sumber protin.
sumber diubahsuai.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343
No comments:
Post a Comment