tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Wednesday, May 29, 2013

Kenapa Badan Gemuk?

Ramai yang mahu kelihatan kurus. Bentuk badan yang kurus sering dikaitkan dengan cantik dan menawan. Ramai juga yang sedia kurus tetapi buncit pula perutnya. Nak kurus perlu tahu konsep bagaimana boleh kurus dan mengekalkan berat badan.

Kenapa badan gemuk?

Kenapa saya gemuk??

Kurang bersenam merupakan salah satu faktor kegemukan kerana kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Kita tidak perlu memakai pakaian sukan, pergi ke taman untuk berjoging dan sebagainya yang pada kita yang kesuntukan masa ini, agak meremehkan. Cukuplah dengan naik turun tangga dan tidak 'skip' membuat kerja rumah sehari-hari. Apa sahaja selagi ianya boleh membakar lemak dan kalori. Yang penting senaman yang teratur dan kerap. Hadkan juga masa 'screen time' kita iaitu waktu menonton televisyen dan mengadap komputer. Kekusyukan menonton televisyen membuatkan kita tidak berganjak dari duduk lama tanpa sebarang aktiviti yang boleh membakar lemak dan kalori.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu mengawal selera makan. Kekurangan sayur dan buah-buahan dalam diet seharian boleh menyebabkan kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan pelengkap kepada diet kita kerana ianya membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh.

Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sarapan pagi amat penting untuk kita bertenaga sepanjang hari. Meninggalkan sarapan pagi menyebabkan kita akan mengambil lebih makanan pada waktu tengahari dan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan berbanding yang sepatutnya.

Mengambil minuman bergas dan bergula secara berlebihan merupakan diantara faktor kegemukan. Banyakkan pengambilan air kosong dan air mineral, 2 - 3 liter sehari kerana tubuh badan kita memerlukan banyak air untuk menjalankan fungsi-fungsi badan.

Oleh itu, amalkan pemakanan dan kehidupan yang sihat. Bila kita sihat, hidup pasti lebih gembira.

sumber diubahsuai: Dr. Ezairi


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: (Call/SMS/WhatsApp) 019-6027343

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...