tulisan jalan

Saya merupakan agen Shaklee anda bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. COD sekitar Gombak, Istana Budaya dan Dayabumi.
Untuk maklumat lanjut dan cadangan pengambilan vitamin yang sesuai mengikut keperluan dan budget, sila hubungi saya.

cadang

Tercari-cari vitamin apa yang sesuai untuk diambil sekarang? Klik sini untuk cadangan pengambilan vitamin yang sesuai.

Wednesday, September 4, 2013

Diet Sihat untuk penurunan berat badan berkesan dengan Cinch Shake Mix

Ramai yang mengamalkan diet ‘tidak makan’ atau ‘makan terlalu sedikit’ untuk kurus. Pertamanya, jika mahu kurus, kita perlu faham konsep kalori. Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan oleh tubuh. Lebihan pengambilan kalori akan menyebabkan kegemukan kerana kalori yang tidak digunakan akan disimpan dalam bentuk lemak. Manakala kekurangan pengambilan kalori menyebabkan badan kita cepat berasa letih dan kurang aktif.



Diet ‘tidak makan’ boleh menjadi sesuatu yang membahayakan kesihatan kerana akan merosakkan sistem badan akibat kekurangan nutrisi. Diet ekstrem sebegini sememangnya dapat menurunkan berat badan dengan cepat kerana otot-otot mengecut akibat kekurangan nutrisi.  Tetapi apabila diet sebegini ditinggalkan, berat badan akan mendadak naik akibat daripada kadar metabolisme yang menurun semasa mengamalkan diet ‘tidak makan’ tersebut.

Jika kita ingin berdiet secara sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan, gantikan ‘kurang makan’ kita itu dengan makanan pengganti bagi memenuhi keperluan nutrien badan kita. Nutrisi sangat penting lebih-lebih ketika berdiet hendak kurus bagi memelihara dan membina otot dan metabolisme badan agar proses pembakaran lemak dapat dilakukan dengan berkesan.

Kenapa Cinch Shake Mix bagus untuk menurunkan berat badan?


  1. Diperkasakan dengan leucine – berfungsi mengekalkan tisu-tisu otot tanpa lemak dan membantu menyerap protein dengan lebih baik sekaligus  menghasilkan  lebih banyak otot yang berkualiti.
  2. Memberi faedah seperti makanan kerana mengandungi 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut yang memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.
  3. Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  4. Pengambilan Cinch Shake Mix dengan konsisten dan aturan yang betul boleh menghilangkan lemak, berat, inci tetapi dalam masa yang sama tetap mengekalkan jisim otot.

Sebarang pembelian produk penurunan berat badan, anda akan dapat tips ekslusif daripada saya. Jom kurus secara sihat!!



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shaklee ID: 891971
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
Emel/Google Chat: asmaebiz@gmail.com
FB: Asmahizan Sahizah
FB Page: Kedai Sihat & Cantik
Tel.No: 019-6027343

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...